CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Rakyat Malaysia Bakal Menjadi Tikus Makmal,” Golongan Antivaksin Tolak Vaksin Covid-19

30-11-2020 02:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4874| Komen: 31

Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memberikan secara percuma vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia, rata-rata individu yang menggelarkan diri mereka sebagai antivaksin memberikan respons mereka.


SHAH ALAM - Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memberikan secara percuma vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia, rata-rata individu yang menggelarkan diri mereka sebagai antivaksin memberikan respons mereka.

Menerusi tinjauan di laman sosial, mereka memberikan respons bahawa pihaknya tidak memerlukan vaksin Covid-19 dan wajar memberikannya kepada kumpulan memerlukan serta mereka yang benar-benar menginginkannya.


“Terima kasih kerana memberikan secara percuma tetapi saya memilih untuk tidak menerima,” kata mereka yang menolak vaksin.

Ada antara mereka secara sinis berkata suntikan vaksin itu ibarat melakukan kajian terhadap tubuh manusia.

“Rakyat Malaysia bakal menjadi tikus makmal,” kata pengguna laman sosial Facebook.

Tidak kurang juga mereka yang mendakwa ia adalah agenda pihak tertentu demi mengaut keuntungan semata-mata.

“Mereka mempunyai agenda terselindungan dalam usaha menjadikan soal kesihatan sebagai pendapatan di saat ini.

“Apabila sudah dicucuk ke atas manusia, mereka akan naikkan angka kes dunia dan akhirnya golongan antivaksin akan dipersalahkan,” katanya.

Bagaimanapun kumpulan tersebut berterima kasih kepada Muhyiddin kerana tidak mewajibkan pengambilan vaksin tersebut dan hanya diberikan kepada mereka yang bersetuju secara sukarela terutama mereka berisiko dan mudah menghadapi penyakit.

“Alhamdulillah kerana diberikan pilihan dan vaksin bukan saya untuk keluarga. Harapnya syarat pilihan ini kekal dan tidak berubah kepada wajib,” katanya.

Selain itu, terdapat individu menjelaskan bahawa Malaysia mewartakan vaksin sebagai pilihan dan bukan suatu paksaan.

“Ia termasuklah semua dan mana-mana jenis vaksin. Memilih menolak vaksin merupakan pilihan dan bagi mereka yang menerima juga adalah pilihan.

“Ia bukan suatu kesalahan di bawah mana-mana akta di negara ini,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112438/KHAS/Koronavirus/Golongan-antivaksin-tolak-vaksin-Covid-19?fbclid=IwAR0hps3tWDMA-UgTiLdS5M8NepOwPMzHhjVdICJuSV71IflduFdQmIbbKPA
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 30-11-2020 06:13 AM
Aku yg bukan anti vaksin pun menolak vaksin untuk covid ni...sebab was was kesannya....biarlah orang lain cuba dulu...
Quote rogayahtop 30-11-2020 06:28 AM

anak2 parents yg tak vaksin skrg ni selamat lagi pasal majority kids vaccinated. tunggulah bila golongan ni yg ramai, keluar la balik nanti polio, batuk kokol semua tu. measles pun 6 budak dah arwah tahun 2018. taknak jadi tikus makmal la sgt.

Takut side effects dekat anak, jangan beranak
anak tu side effects tak pakai kondom. jangan kawin jangan main segala benda kat dunia ni ada side efects. ni pandai pulak minum air kunyit.


Quote abcdotcom 30-11-2020 07:39 AM
Tak sabau nak kena Cucuk .Rimas Siang Malam pakai mask .Dah Cucuk ,kebal Kan ???{:yameteh
Quote Themilo 30-11-2020 07:41 AM
tahi la. ayam yang diorang duk lantak hari-hari tu pun penuh vaksin. macam la senang & murah nak dapat ayam free range / ayam kampung.
Quote evlinne 30-11-2020 07:52 AM
Themilo replied at 30-11-2020 07:41 AM
tahi la. ayam yang diorang duk lantak hari-hari tu pun penuh vaksin. macam la senang & murah nak dap ...

Senang je nak dapat cuma mahal
Sedapnya ayam kampung x cucuk
Quote stingerpie 30-11-2020 07:56 AM
noor2 replied at 30-11-2020 06:13 AM
Aku yg bukan anti vaksin pun menolak vaksin untuk covid ni...sebab was was kesannya....biarlah orang ...

'vaksin Injection' suami pada malam  pengantin pertama..berani pulak kau cuba...ada kasi jiran sebelah atau bff kau try dulu?

Kahkahkahkahkahkah
Quote highcastle 30-11-2020 08:18 AM
Pendapat masing2.. Bila kena PKP bising, bila dah ada vaksin bising...... Bila suruh ikut SOP tak nak ikut..............
Quote saviour_09 30-11-2020 08:25 AM
korang ambik la dulu
Quote borrow 30-11-2020 08:34 AM
#teamvaksin #teamtamojdtikus #giteww #
Quote Normabaru 30-11-2020 08:56 AM
Bg leluhur kt msia ni try dulu..

Dh alang2 kiasu sume nk dulu.. So this one kaka bg u pass priority siap bentang red carpet lagi.. Hehehe
Quote AbukRokok 30-11-2020 09:21 AM
kasi cucuk ahlipolitik vip vvip dulu
Quote annehuda 30-11-2020 10:37 AM
rogayahtop replied at 30-11-2020 06:28 AM
anak2 parents yg tak vaksin skrg ni selamat lagi pasal majority kids vaccinated. tunggulah bila go ...

aku dulu penah tengok yg temubual sorg pakar vaksin malaysia berdebat ngan doktor anti vaks jugak. pakar tu cakap la sepanjang2 dia duduk malaysia jd pakar tak penah lg ade kes difteria. skali tu bile dah muncul antivaks ni muncul balik difteria.  
Quote mamajawie 30-11-2020 10:38 AM
tah la, bagi aku mana yg membawa kepada kebaikan tu la yg aku pilih..
Quote per706 30-11-2020 10:56 AM
Vaksin yg len sume lengkap utk ank2 aku da amek.but for this one i dont think I want to put this stuff in my and my kids body. If we have to put on the mask for the rest of our life..so be it.but this one a big fat NO NO.
Quote kucingitam 30-11-2020 11:06 AM
kenapa masing2 nak menolak vaksin civid ni? apa alasan selain tak confident sbb cepat sgt vaksin ni di develop?
Quote fishcracker 30-11-2020 11:29 AM
Yang ke sana ke sini ke sana ke sini tu la cucuk dulu
Quote hawaM 30-11-2020 11:34 AM
Doktor influencer ler cucuk dulu baru ummah yang lain follow. Doktor influencer ni kan ramai pengikut dan semua pon percaya cakap doktor. Kalau doktor sihat walafiat semua xragu ragu nak cucuk.
Quote Aerhys 30-11-2020 11:46 AM
Saya tak menolak vaksin tapi saya skeptikal vaksin yg dari China ini cuz well you know...China. Kan dah banyak lawsuits melibatkan produk china. Yg jual data pengguna, ada spyware, ethical issues etc. And the fact that the virus spread from there. Need more convincing data and results lah before putting it in our body and this applies to other vaccine producers as well. Our ministers and politicians semua dipersilakan jadi tikus makmal dahulu
Quote stingerpie 30-11-2020 12:28 PM
abcdotcom replied at 30-11-2020 07:39 AM
Tak sabau nak kena Cucuk .Rimas Siang Malam pakai mask .Dah Cucuk ,kebal Kan ???{:yameteh

[youtube]anQ48lIKIyE[/youtube]

Go for it ...one for all ..all for one

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.082480 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top