CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Order Je" - Jangan Serba Salah, Rider Galakkan Kita Order Makanan Masa Hujan

30-11-2020 12:25 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6341| Komen: 56|Original author: Oleh: LilRose

Ramai antara kita tidak sampai hati memesan makanan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan tatkala hujan lebat.



Namun, satu ciapan di Twitter ternyata menunjukkan ramai penghantar makanan atau 'rider' bersedia membuat penghantaran ketika hujan lebat.




Kebanyakan rider sebulat suara meminta orang ramai memesan makanan supaya pendapatan mereka tidak terputus. Pun begitu, mereka berterima kasih atas simpati ditunjukkan orang ramai terutama ketika melihat mereka meredah hujan semata-mata untuk memastikan makanan selamat tiba kepada pelanggan.



Kredit foto: Twitter

Bagaimana pula dengan anda? Setuju atau tidak memesan makanan ketika hujan lebat? - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • yeos

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 30-11-2020 12:42 PM
taktau pula. memang kesian kalau seller redah hujan dgn moto
terbayang kena petir
sama juga kalau frontliner lain berdiri dlm hujan. takut apa2 jadi kat diorg
Quote meisapoya 30-11-2020 12:45 PM
Ya. Order je walau hujan since musim ni berbulan kot. Kalau rider tak sudi nak ambek job time hujan, dah lama dorang tu berbungkus atas katil.
Quote Artemesiaa 30-11-2020 12:47 PM
Kalau tak ada order tak ada job susah ler dia orang sebab tu time hujan pun tak mengapa
Quote Kurex 30-11-2020 01:02 PM
Lepas ni kalau hujan, iols order. Lepas tu duduk rumah iols utk berteduh. Dgn syarat, kena helok
Quote gummiebear 30-11-2020 01:13 PM
Kurex replied at 30-11-2020 01:02 PM
Lepas ni kalau hujan, iols order. Lepas tu duduk rumah iols utk berteduh. Dgn syarat, kena helok

Kalau tak helokk cemana kurex? Chuols halau je ke nanti
Quote gummiebear 30-11-2020 01:15 PM
Iols pun jenis tak order kalau hujan, kesian rider kena redah hujan segala
Quote eyansss 30-11-2020 01:17 PM
order kalau terpaksa tapi bagi extra tips dari biasa...  sebab diorang dah bersusahpayah tolong hantarkan sambil redah hujan...
Quote bondeh 30-11-2020 01:19 PM
Kurex replied at 30-11-2020 01:02 PM
Lepas ni kalau hujan, iols order. Lepas tu duduk rumah iols utk berteduh. Dgn syarat, kena helok

Dasar mahayam
Quote bondeh 30-11-2020 01:20 PM
Pernah je order time hujan tapi tulis message "hantar bila hujan reda"
Quote wak_pijah 30-11-2020 01:31 PM
Kesiannya, tetap tak sampai hati kot.

Tunggu hujan berenti dulu atau melainkan kalau diorang anta pakai kenderaan yg berbumbung mcm keta ke van ke lori ke.
Quote ninnamina 30-11-2020 01:37 PM
So lepasni boleh la order anytime. Selalu kalau hujan terus x jadi nak order. Jangan lupa masukkan voucher panda jomriang @rianglagi. Atau kat grab new2gf {:good
Quote Lengkong 30-11-2020 01:37 PM
order je..tapi bertimbang rasa kalau lambat sampai


Quote akuchenta 30-11-2020 01:41 PM
Aku tgk klu cuaca gelap, nak ujan fikir 2 3 kali nk order/mcdelivery.  Takut dorg basah..jalan x berapa selamat. Skg tiap2 petang hujan..ribut. Kesian dorg redah hujan
Quote miszclassique 30-11-2020 01:46 PM
Haritu pernah order masa tengah hari pastu letak lewat sikit untuk delivery sbb nak makan malam, sekali masa delivery tu hujan...rasa bersalah sungguh tengok muka akak panda tu dengan basah kuyup walaupun pakai baju hujan berkoyan iol minta maaf sbb masa order tu tak hujan
Quote kuihbakar 30-11-2020 01:48 PM
Kurex replied at 30-11-2020 01:02 PM
Lepas ni kalau hujan, iols order. Lepas tu duduk rumah iols utk berteduh. Dgn syarat, kena helok

Kekeke. Ang ni... Nak yang herlok saja
Quote merrissa 30-11-2020 01:57 PM
kalau grab di kampung halaman ku ....kalo time hujan...kete yg amik order...so order agak lmbt la smpai...tp no hal...

tp if di tempat ku....grab food...panda ke apa ke...semua xdak...lg kampung dri kmpung halaman ku...
Quote saviour_09 30-11-2020 02:03 PM
aku order je ujan2 ni

laju semacam je diorang deliver

betul la dia cakap, takde org ade takde income la

alaaa budak2 muda main motor ujan2 ni sengih je sis
Quote Rogue98 30-11-2020 02:19 PM
Order time hujan pastu bagi tips..adik aku siap bagi RM20 for effort.
Quote rosasen 30-11-2020 02:24 PM
riders pn kena jaga kesihatan

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.033691 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top