|
Lain manusia, lain ragamnya. Begitu juga dengan wanita ini yang sanggup mengaku kononnya menderita kanser terminal. Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan penipuan itu lebih nyata, lapor Daily Star. Perbuatan itu berjaya memperdaya rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya. Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi. Namun, tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu penipuannya.
Bagaimanapun, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula. Pun begitu, segala-galanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang. Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042797 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.