CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makanan Sejuk Beku Positif Covid-19

30-11-2020 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3646| Komen: 18

Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.


Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.

Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.

Gambar Hiasan


China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.

Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.

Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-11-2020 06:42 PM
Laaaa masak mcmni
Quote Scheherazade 30-11-2020 06:44 PM
Klu dimasak, x mati ke covid tu? Bahaya klu boleh berjangkit dr mknn ni
Quote matchstick 30-11-2020 07:08 PM
Pulok doh..pekerja yg contact rapat dgn makanan tu takde plak kena covid. Mana dtg covid hinggap kt makanan tu.
Aku perasan kalau fillet ikan dory frozen yg selalu guna utk fish n chips tu byk asal Vietnam. Takut la nk makan fish n chips lps ni
Quote J4I 30-11-2020 08:44 PM
Scheherazade: Klu dimasak, x mati ke covid tu? Bahaya klu boleh berjangkit dr mknn ni

Kalau tak masak betul-betul, dia tak mati.
Quote Belibis 30-11-2020 09:07 PM
Adakah semua barang di swab test?
Quote LadyCarefree 30-11-2020 09:39 PM
matchstick replied at 30-11-2020 06:08 PM
Pulok doh..pekerja yg contact rapat dgn makanan tu takde plak kena covid. Mana dtg covid hinggap kt  ...

Dory fillet tak sedap TAPI banyak kedai guna dory tipu which is from Vietnam. Kotor gila farming ikan tu.

Makanlah fish & chips paling cikai pun ikan pollock. But still, not to my taste.

Kalau nak betul2 ikan sedap can eat at the magnificent, cor blimey or laughing fish. I love haddock the best.
Quote salmon-suki 30-11-2020 10:05 PM
Covid from wuhan,bwk laa apa2 pun .msti kena covid..ni vaksin nti,ntah2 sempat kena covid dlu{:smile{:smile{:smile
Quote VespaSilbe 30-11-2020 10:22 PM
Memang brg frozen kat China kena swap test randomly
Motif tau semalam tgk cgtn
Covid lagi mudah membiak cuaca sejuk
Quote mbhcsf 30-11-2020 10:39 PM
ok......so macam mane nak buat ni  haaa...eh jap wait.

bukanke covid-19 virus tu ada data kat kat luar  terdedah dengan UV ke ape ke dia akan mati?

i mean wait - takkan tak ada sterilisation UV or radioactive sterilisation?


i mean ....sebelum masuk kapal exporting ke satu negara lain?

how about our IMPORTED food?KKM
Vet DEPt???


well , permukaan jenazah / mayat pun ade Covid-19 kan , inikan ...

tapi langkah pensterilan tak ada ke untuk bhn makanan sebelum naik kapal ke kapal

eh eh bahaynyer

kalau nak harap suhu sejuk sub zero temp untuk nyahaktif bacteria or virus ni..

Quote ninnamina 30-11-2020 11:11 PM
Lagi nak cakap covid from india {:cryrun
Quote Scheherazade 1-12-2020 12:24 AM
J4I replied at 30-11-2020 08:44 PM
Kalau tak masak betul-betul, dia tak mati.

Ingatkn mknn bermasak tu mati la dia
Quote kakikuDibibirmu 1-12-2020 12:34 AM
Virus bukanlah benda hidup dan bukanlah benda mati, maka sejuk beku macam mana pun tak berfaedah
Quote Supersirap 1-12-2020 06:57 AM
Lepas ni semua makanan sejuk beku yang diimport perlu ada tapisan dahulu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku
Quote budakshinchan 1-12-2020 07:01 AM
ntah2 asalnya barang import tu xde covid.. sampai china org tu pegang org ni pegang sah sah la kena covid.. nk plak negara depa pengeluar utama covid.. so x perlu terkejut
Quote mbhcsf 1-12-2020 07:23 AM
https://ehs.colorado.edu/resourc ... rilization-methods/

well silalah baca  tentang penyahaktifan  particle protein  yg menyebabkan variant cJD  wow....ini lagi mommy of the non living particles...ini lagi  hmm...ketat langkah sterilisation
Quote husna_amal 1-12-2020 09:53 AM
Covid dari brazil balik kampung kat wuhan tu.
Quote allshares 1-12-2020 10:45 AM
Sirih pulang ke gangang la, ye dop? Tapi ape2 yg China ni ckp, x leh 100% percaya, udah3 ler nk alihkan perhatian yg wuhan tu center covid.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040117 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top