CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leka Tonton Netflix Sampai Terlupa Anak Kelemasan Dalam Kereta

1-12-2020 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3682| Komen: 17

Seorang perempuan dan kekasihnya didakwa melakukan pembunuhan tidak sengaja terhadap anaknya berusia 3 tahun di dalam keretanya, baru-baru ini di Townsville, Australia.

Menurut laporan media tempatan, ibunya, Laura Black, 37, dan kekasihnya Aaron Hill, 39, didakwa membunuh kerana kecuaian tertinggal anaknya, Rylee Rose di dalam kereta dengan suhu panas sehingga mencecah 32 darjah celcius. 


Anaknya ditinggalkan lemas di dalam kereta dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Menurut laporan Mirror.co, Rylee dikejarkan ke Townsville University Hospital pada pukul 3 petang waktu tempatan setelah mereka sedar akan kecuaian mereka. Namun, nyawa Rylee tidak dapat diselamatkan.


Kredit foto: Mirror

Kedua-dua pasangan itu bertengkar dalam perjalanan pulang dari sekolah selepas menghantar dua lagi anaknya. Sebaik pulang, Laura dan Aaron terlupa akan Rylee yang tertidur di bahagian belakang kereta dan menonton video di Netflix selama beberapa jam.


Ketika pasangan itu keluar untuk mengambil anak mereka pulang dari sekolah, mereka terkejut selepas melihat Rylee yang terkunci di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Berikutan kejadian, mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut. Kedua-dua pasangan itu akan tinggal berasingan dan menghadapi tindakan undang-undang pada 24 Februari 2021. 


Kredit foto: Mirror

Pada musim panas di Australia, suhu di dalam kereta yang diparkir boleh mencecah 30 darjah celcius lebih tinggi daripada suhu luar. Ini bermakna, suhu di dalam kereta ketika Rylee tertinggal di dalamnya mungkin mencecah lebih 60 darjah celcius.


Sumber: OhBulan
https://ohbulan.com/budak-maut-tertinggal-dalam-kereta-ibu-bapa-leka-tonton-filem

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 1-12-2020 01:42 PM
Gilaaaaaaaaaaaaaaaaa...melampau2 layan netflix sampai anak mati kepanasan dalam kereta...kesian kat budak tu dapat mak bapa tak guna.
Quote mamajawie 1-12-2020 01:58 PM
tenang la kamu wahai anak kecil..hmmm
Quote merrissa 1-12-2020 02:03 PM
layan netflix smpai lupa anak?

gila
Quote akuman1981 1-12-2020 02:07 PM
hmm kita nak kata org pun xle kat negara kita pun kan ada 2, 3 kes. tu pun rasa takde hukuman
Quote Artemesiaa 1-12-2020 02:13 PM
Sekurang2nya kedua mereka akan didakwa atas kecuaian sementara di negara lain dalam kes yang sama mereka bebas tampa apa2 tuduhan.
Quote husna_amal 1-12-2020 02:54 PM
Banyak dah kes cuai tertinggal anak dalam kereta. Mungkin kena ubah sesuatu pada kereta sekurang2nya tak jadi kelemasan macam ni lagi.
Quote umbut 1-12-2020 03:12 PM
Edited by umbut at 1-12-2020 03:14 PM
Artemesiaa replied at 1-12-2020 02:13 PM
Sekurang2nya kedua mereka akan didakwa atas kecuaian sementara di negara lain dalam kes yang sama me ...


Kalo kat sini. Setazah kepam kata dah takdir. Jgn kutuk org. Nasib kita x tau. Jgn tambah kesedihan.. gitewwww....Vangangggg
Quote RatuDunia94 1-12-2020 04:41 PM
umbut:    Edited by umbut at 1-12-2020 03:14 PM  Kalo kat sini. Setazah kepam kata dah takdir. Jgn kutuk org. Nasib kita x tau. Jgn tambah kesedihan.. gitewww ...



Netizen kalau ummah meleis yg kena.. katanya takdir.. jangan salahkan mak pak.. sbb kita tak ada kat tempat mereka..

Tp bila ummah kokesen yg kena dikatakan balaa.. burn in hell katanya..
Quote anony-mous 1-12-2020 05:12 PM
hmm nk ckp tp entah la mmg klau terlupa tu akn terlupa betul tp hmm xkn la xpelik ank x ada depan mata? masa tgk cerita tu xrasa ke tiba2 sunyi. ank i kdg2 tgk tv skali, tp dia main mainan dia, bila dlm 10-15 min diam je i akn start tgk kenapa diam. ni dari 9-3ptg
Quote MissyMolly 1-12-2020 05:20 PM
Lahaiiii entah lerr di hari yg kalut iols pun pernah sampai tmpt keje..nasib baik si kecik tu berdiri..dia diam je la pulak tk berbunyik..iols lupa nk singgah masuk simpang hntr ke tadika..mmg masa nk keluar tgk cermin blkg nmpk cenonet tuh...siap tanya aikkk nape adeq ad cini??adei ko dik bitau la kata nk g sek...dia boleh gelak ngekek2
Quote NazRysha 29-12-2020 02:44 PM
kat malaysia tak kena hukuman pun kan walaupun banyak kes mcm ni
Quote ChildrenOfBodom 29-12-2020 02:51 PM
Kat Malaysia byk makpak yang bunuh anak dengan cara macam tu...
Quote becir 29-12-2020 06:48 PM
Jenis terbiasa biarkan anak main sorang, tak dikasi makan ke apa? Few hours Tu tak teringat anak Tu kencing ke apa nak kena tukar pampers ...I can't brain.
Quote jalfa 29-12-2020 06:50 PM
Mak pak maleis pon ramai camtu dekk.....tapi xleh kecam...takberrr
Quote noor2 29-12-2020 06:53 PM
Artemesiaa replied at 1-12-2020 02:13 PM
Sekurang2nya kedua mereka akan didakwa atas kecuaian sementara di negara lain dalam kes yang sama me ...

Di Malaysia ibubapa cuai tidak dikenakan hukuman...
Quote darkness 29-12-2020 07:06 PM
Apasal muka laki tu mcm sarnaz? Haha
Quote Tinot7 29-12-2020 07:07 PM
takziah kpd keluarga.
adik badik musti trauma

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.174732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top