CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buat Satu Pesanan FoodPanda, Sekali 42 Rider Sampai Rumah

1-12-2020 06:36 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5318| Komen: 17|Original author: Oleh: rikuren


Naya. Seorang budak berusia 7 tahun dari Filipina tanpa sengaja menimbulkan kekecohan kerana membuat 42 pesanan ke restoran makanan segera.

Kanak-kanak itu hanya mahukan dua kotak fillet ayam dengan kentang goreng dari McDonald's untuk dirinya dan neneknya.

42 penghantar makanan FoodPanda tiba secara serentak dan terpaksa berbaris untuk menghantar satu pesanan hidangan filet ayam dan kentang goreng ke alamat yang sama telah menyebabkan kesesakan di kawasan kejiran itu.


Kredit foto: Facebook


Foto dan video langsung kejadian ini disiarkan pengguna Facebook Dann Kayne Suarez yang juga jiran kepada kanak-kanak ini pada 25 November lalu.


Loading FB Post...

Menurut Dann, capaian Internet amat lemah ketika pesanan dibuat pada hari itu, telah menyebabkan kanak-kanak itu membuat pesanan berulang kali tanpa menyedari kesemua pesanan itu telah berjaya.

"Nampaknya, banyak pesanan dicatat kerana sambungan Internet yang buruk dan aplikasi yang tidak sesuai" menurut catatan Facebooknya.

Kanak-kanak itu menangis apabila mendapati perlu membayar 7.938 peso (RM672) untuk semua pesanan. Apabila jiran-jirannya mengetahui apa yang berlaku, mereka membantu membeli sebahagian daripada pesanan itu.


Kredit foto: Facebook

Harap tak serik la lepas ni buat pesanan Foodpanda ya, dik.  - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 1-12-2020 06:53 PM
Ada terbaca kt ig baru je td y budak oder makanan byk giler..hahahahaha
Quote little_sis 1-12-2020 07:02 PM
Hahaha betul2 jd eh benda camni.. nangis nak bayarrr.. kdg tu, x terfikir sebabkan internet putus2 je puncanya, tapi impact sampai mcm ni.. zaman milenium le katakan
Quote eplasbpafree 1-12-2020 07:08 PM
Alahai.. kesiannya kat dia..


nasib jiran2 pun bantu beli .
Quote Normabaru 1-12-2020 07:15 PM
Alahai


Comel nye bdk ni... Nk guna tak pandai
Ingt xlepas. Noti xdpt kot.. Selalu ada noti akan ckp anda dh place order..if kita tekan yes..br dia proceed utk order sama..  

Kat sana mungkin xsama mcm msia. Alih2 42 order sekaligus. Lulssss....
Quote Amigurumi 1-12-2020 09:48 PM
Normabaru replied at 1-12-2020 07:15 PM
Alahai



Saya pernah dua kali jadi macam ni sebab apps. Tak sure mcm mana tapi both order mcm auto cancel
Quote Normabaru 1-12-2020 09:52 PM
Amigurumi replied at 1-12-2020 09:48 PM
Saya pernah dua kali jadi macam ni sebab apps. Tak sure mcm mana tapi both order mcm auto cancel

Tp kaka sendiri pernah tersampai 2order jgk.nasib xtekan 40 kali.. Klu tak mesti masuk forum jgk
Quote cahaya_almas 1-12-2020 09:58 PM
Tdi first time guna food panda..biasa cod je....nasib betul sekali je i oder...hehe
Quote bintangct 2-12-2020 07:22 AM
laa sian tp bkn kena byr online ke? iols xpenah beli pakai grab or panda
Quote Themilo 2-12-2020 07:36 AM
meols akan order kalau ada offer free delivery, diskaun & voucher. kekadang memang murah betul. payment pulak COD. kalau pakai kad, harga jadi lain sebab ada service charge.
Quote Roan 2-12-2020 07:43 AM
Edited by Roan at 2-12-2020 07:44 AM

Baru je kena foodpanda.. masa pay guna online banking.. hilang line balik ke paparan utama.. dengan tak semak baki bankmya.. order lagi sekali.. pastu masuk 2 Notification.. ah sudahhhh.. so endingnya makan 2 2 sekali muahahahaha..
Quote husna_amal 2-12-2020 10:21 AM
Budak 7 tahun pun dah pandai buat order kat foodpanda. Dah jadi macam ni terus uninstall apps tu agaknya.
Quote rikuren 2-12-2020 10:44 AM
bintangct replied at 2-12-2020 07:22 AM
laa sian tp bkn kena byr online ke? iols xpenah beli pakai grab or panda

boleh bayar guna online banking, credit/debit card atau cash. Budak ni bayar cash.
Quote Artemesiaa 3-12-2020 03:48 PM
Dah nampak macam nak buat kenduri dah banyak berlonggok macam tu
Quote kimsa-ra 3-12-2020 06:42 PM
Pernah kena juga selalu guna pickup. Dh byr tp msh palce order ada lg igt dh tak berjaya. Nasib baik check dulu. Kalau tak naya. Tp klu jd kt jiran iols pon iols tolong beli juga. Kesian tak sangka jd mcmtu
Quote Lengkong 3-12-2020 06:53 PM
Nasib baik jiran prihatin



Quote achilles_heel 4-12-2020 08:10 AM
pernah juga terjadi. memula bayar guna cc, tapi ntah mcm mana kata x approve. try kali kedua guna dc pun sama. mujur hold dulu sebab cadang nak call bank tanya apa masalah. tapi buat kerja lain dulu. sekali tgk dah sampai depan rumah 2 set order mc D. dan kebetulan rider foodpanda yg sama juga hantar. jadi rezeki satu order tu untuk adik rider. lepas dari kejadian tu, ku terus berhati2. kalau x sucsess payment, check dulu dah deduct ke belum dari acc
Quote Fafaaisa 10-12-2020 01:31 AM
Kalau grabfood mmg x boleh bayar cash ye..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.299496 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top