Selebriti media sosial, Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada pengacara Allahyarham Aziz Desa sememangnya diketahui ramai berbakat dalam bidang masakan. Kini, jejaka berusia 21 tahun itu menambah satu lagi hobi baharu apabila mula berjinak-jinak dalam dunia permotoran.
Mesra disapa Zhaeim, dia mengakui baru membeli sebuah motosikal KTM RC 200 sekitar dua minggu lalu dan kini banyak menghabiskan masa di atas jalan raya. "Beli untuk kegunaan harian sebenarnya. Tapi minat motor ni memang dah lama. Saya suka motor yang nampak sporty. "Dalam keluarga tiada siapa yang ada motor. Sebab dulu mama tak bagi ambil lesen motor. Dia takut. Tapi entah kenapa kali ni dia benarkan saya ambil lesen motor. "Sekarang tengah tunggu habis Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Nak keluar Kedah, dah bosan pusing Langkawi," ujarnya kepada mStar.
Menurut Zhaeim lagi, motosikal itu dibeli dengan wang simpanannya sendiri yang mana ia sepatutnya digunakan untuk persiapan mendirikan rumah tangga. Namun katanya, dia yang menyimpan hasrat untuk berkahwin pada usia 25 tahun mengubah sasarannya setelah kecundang dalam percintaan baru-baru ini. "Saya beli motor ni sebab baru putus cinta. Memang simpan duit untuk kahwin tapi bila dah jadi macam ni, tak apalah. "Nanti-nanti fikir pasal kahwin. Dulu plan nak kahwin umur 25, sekarang saya tukar... nak kahwin nanti umur 30 tahun lebih kurang," ujarnya. Sumber: mStar
|
Belibis replied at 1-12-2020 10:32 AM
Belum lagi kategori moto besar.200cc.
Tapi ok ler dari aku yg pakai LC ajo.
Belibis replied at 1-12-2020 10:32 AM
Belum lagi kategori moto besar.200cc.
Tapi ok ler dari aku yg pakai LC ajo.
Belibis replied at 1-12-2020 06:48 PM
Dalam 18k.
nazzse replied at 1-12-2020 07:07 PM
Laki rupanya, ingatkan perempuan
ADVERTISEMENT