Penyanyi Aweera meluahkan rasa terkilan dengan komen negatif netizen yang mendoakan soalah-olah dirinya sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, komen seumpama itu keterlaluan dan berharap insan itu insaf dengan perbuatannya.
"Saya saja nak baca komen di Youtube... dan ternampak satu komen yang saya rasa agak terkilan. Saya pun dengan sengaja screenshoot dan muat naik di Instastory. "Komen yang sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan roh saya tenang di sana tu bagi saya agak melampau. "Saya bukan nak marah cumanya saya harap dia sedar apa dia buat dan diberi hidayah kerana itu semua kuasa Allah," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Aweera memuat naik paparan skrin komen individu yang mengatakan penyanyi itu sudah meninggal dunia.
Menurut laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Aweera pernah mendedahkan dia mengalami depresi akibat dikecam.
|
miss_strangers: Adik aweera lawo...tu je iols nak Komen...maybe aweera kena muncul dgn adik pempuan heols yg cun..baru netizen sedar kewujudan heols..
makadek replied at 1-12-2020 11:31 PM
Dia ni ada rupa tp camne bole sendu..
makadek replied at 1-12-2020 11:31 PM
Dia ni ada rupa tp camne bole sendu..
anony-mous replied at 3-12-2020 09:42 AM
Heols bukti rupa herlok suara sedap tp kalau attitude zero, mmg x kemana la.
ADVERTISEMENT