Projek berkaitan bulan bukan lagi satu perkara asing kerana sebelum ini sudah beberapa perancangan telah dibuat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) Jika sebelum ini NASA bercadang untuk mencipta tandas di bulan, namun kali ini mereka menawarkan perkhidmatan pengkebumian.
Menurut laporan The New York Post, abu mayat tersebut akan dihantar ke bulan tahun depan, sebahagian daripada tawaran NASA. Servis berkenaan dijangka dilaksanakan pada bulan Julai 2021 dan turut dikendalikan oleh syarikat pengebumian ruang angkasa, Texas Celestis. Menariknya, abu mayat ini akan di bawa menuju salah satu wilayah bulan dikenali sebagai Lacus Mortis. Difahamkan, sehingga hari ini hanya seorang manusia saja telah dikebumikan di bulan. Individu tersebut ialah saintis planet, Eugene Shoemaker. Pakej pengebumian pula dianggarkan berharga USD$ 12,500 (RM50,000). Abu mayat ini akan dibawa ke permukaan Bulan oleh kapal angkasa yang dibuat oleh Astrobotic, sebuah syarikat robotik swasta AS. Sumber: Gempak |
stingerdoll replied at 1-12-2020 09:30 PM
Lebih seswai utk golongan kunyit kerana memang tak diterima bumi jasadnya....hence dibulan la tempat ...
friedfishsoup replied at 1-12-2020 10:21 PM
Stingerdoll? Inspired by house of doll ke?
ADVERTISEMENT