CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Dah Tengok Banyak Kali" - Azhar Azizan Tak Pasti Willie Mongin Bagi ‘Jari Tengah’

2-12-2020 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2952| Komen: 7

Ahli Parlimen Kota Melaka (DAP) Khoo Poay Tiong menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membenarkannya menonton rakaman CCTV Dewan Rakyat.

Gesaan itu dibuat selepas Azhar menjelaskan beliau tidak melihat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi, Willie Mongin, menunjukkan isyarat ‘jari tengah’ seperti didakwa ahli Parlimen Pembangkang.



Kredit foto: Kosmo

Azhar berkata, beliau menonton CCTV Dewan Rakyat dan tidak ada visual menunjukkan Willie menunjukkan jari tengah selepas beliau menggulung peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) peringkat kementeriannya petang semalam.

“YB Kota Melaka semalam, saya belum membuat apa-apa ruling saya kurang pasti apa yang terjadi. Jujur saya tidak nampak apa yang terjadi. Saya ada masalah penglihatan minggu ini.

“Setelah mendengar penjelasan beliau itu. Malam tadi, saya minta penjelasan yang selanjutnya daripada YB Timbalan Menteri. Beliau menafikan sekeras-kerasnya berbuat begitu.


“Kemudian saya telah lihat video itu banyak kali, malah secara slow motion saya tidak dapat pastikan sama ada ianya berlaku atau tidak,” jelas Azhar.

Justeru beliau meminta ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan penjelasannya untuk menulis usul.

Poay Tiong bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan Azhar dan meminta kebenaran melihat sendiri visual CCTV dalam Dewan Rakyat.

“Kalau ada masa, saya boleh pergi ke pejabat pengerusi untuk tunjukkan video yang amat terang yang dia memang tunjuk jari tengah,” kata Poay Tiong.

Azhar membenarkan Ahli Parlimen DAP itu hadir ke pejabatnya untuk menonton sendiri rakaman video dalam Dewan Rakyat bagi membuktikan dakwaannya itu.

"Selepas saya habis mempengerusikan ini sila datang ke pejabat saya. Kota Melaka terima kasih kerana mahu datang ke office saya. Saya akan berjumpa dengan YB Melaka,” kata Azhar.

Dewan Rakyat pada sesi petang semalam kecoh seketika gara-gara ahli Parlimen pembangkang mendakwa Willie Mongin menunjukkan isyarat ‘jari tengah’.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menggesa Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil tindakan ke atas Willie, sambil menambah perbuatan tersebut turut disaksikan oleh 10 ahli Parlimen pembangkang.



Bagaimanapun, Willie menafikan dia ada melakukan perbuatan berkenaan dan mendakwa ia disalah anggap oleh pembangkang.

“Saya tegaskan ia tidak benar dan mungkin mereka tersalah nampak, saya tidak menunjukkan jari tengah.

“Tetapi jika mereka beranggapan sedemikian, saya rela meminta maaf,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-12-2020 01:43 PM
geli menteri2 perangai mcm tak sekolah. tak tau malu. sama la menteri2 dok sibuk saman sana sini tiap2 hari keluar tv amalkan SOP katanya sendiri perangai mcm taik.

Quote JokesCop 2-12-2020 02:27 PM
Makan duit rakyat, bincang benda bodoh.
Quote husna_amal 2-12-2020 02:52 PM
Masalah jari tengah pun jadi kecoh. Kecoh la puak pembankang ni setel kat luar la balas balik jari tengah.
Quote Normabaru 3-12-2020 10:50 AM
xjadi zoo xsah... Inilah Malaysia alaf baru
Quote Artemesiaa 3-12-2020 12:44 PM
Sebab tu makin ramai yang suka ikuti persidangan secara langsung ni.  Tiap hari ada je plot baru muncul ala menonton sinetron.
Quote abahbaik 3-12-2020 12:58 PM
letak jawatan je lah..x layak jadi menteri
Quote ~boolean 3-12-2020 01:35 PM
kalau CARI forum boleh divisualkan, macam ni lah gamaknya bergocoh..
hat belah sana YB Sarah, belah situ YB Maideen...
YB manak boleh bertag team dengan Khalid Samad, dua2 merentan tak ada isi..
YB ifanonline sama Bung Mokhtar, kerja mengutuk perempuan aja padahal diri sendiri hampeh..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065768 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top