CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andi Bernadee Dapat 30 Kotak Hadiah Daripada Peminat Misteri

2-12-2020 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7990| Komen: 46

Penyanyi Andi Bernadee menerima 30 kotak hadiah daripada seorang peminat misteri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29, Ahad lalu.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile berkata, dia terharu dengan pemberian peminat terbabit yang cukup kreatif serta menarik.


Foto: IG

"Terkejut juga dengan kegigihannya menyediakan 30 kotak hadiah sekali gus. Dia meminta saya membuka satu persatu hadiah mengandungi kata-kata ucapan setiap hari.

"Dia mahu setiap hadiah menjadi kejutan tapi saya buka terus saja semuanya. Ini kerana dia tersalah salah tarikh dan menyuruh saya membukanya bermula 1 November sedangkan tarikh lahir saya adalah 30 November. Dia sebenarnya mahu saya membuka hadiah itu bermula1 Disember.


"Apapun, saya harus memuji usahanya yang ternyata begitu menyentuh hati. Individu yang bagi hadiah ini mesti sangat rajin dan orangnya berperwatakan menarik," katanya. 

Menurut Andi, hadiah itu berupa kotak-kotak kecil yang mengandungi barangan makanan. 

Pada sambutan hari jadi penyanyi Donde itu baru-baru ini juga, dia tidak ketinggalan mendapat kritikan segelintir warganet yang tidak setuju dibaling tepung oleh rakannya.

Andi berkata insiden itu tidak diketahuinya dan dirancang rakannya. Dia mengakui pembaziran tepung berkenaan memang tidak sepatutnya berlaku dan sudah menasihatkan rakannya.

"Saya mengambil iktibar daripada insiden itu dan berharap ia takkan berulang lagi. Saya pun sudah nasihatkan rakan terbabit supaya tidak melakukan kejutan sebegitu.

"Saya akui tindakan itu tidak elok dan tidak patut dicontohi. Ia satu pembaziran apalagi di saat ada di antara kita ketika ini sedang berdepan kesusahan. Apapun, terima kasih kepada semua yang memberi teguran itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shailyvelera 2-12-2020 04:48 PM
baguslah tak meroyan netizen tegur
Quote minah_selekeh 2-12-2020 04:50 PM
Sendunya news ni.. Tapi lagi sendu fan yang terover gigih berabis duit untuk nobita ni..
Quote Perawankota 3-12-2020 01:43 AM
Alolololo nk kata fan dia sweet lah tu
Quote slyfynx 3-12-2020 07:00 AM
Ok. Tahniah. Next
Quote Knowlee 3-12-2020 07:02 AM
Muka gini pun jadi retis. Tgk dia perform masa bila ntah dulu dlm TV, I dok ingat dia ni dari jalan mana la...
Quote dudaberhias 3-12-2020 07:06 AM
Tahniah, btw peminat tu muka pecah lubang sangat ke?
Quote kiah_mai_pulak 3-12-2020 08:02 AM
minah_selekeh replied at 2-12-2020 04:50 PM
Sendunya news ni.. Tapi lagi sendu fan yang terover gigih berabis duit untuk nobita ni..

bukan nobita sis... tp sunio lahh.. hahahhaaha
Quote kiah_mai_pulak 3-12-2020 08:03 AM
Knowlee replied at 3-12-2020 07:02 AM
Muka gini pun jadi retis. Tgk dia perform masa bila ntah dulu dlm TV, I dok ingat dia ni dari jalan  ...

tu lahh... selalu duk tnya dia ni asal dari perkmpungan org asli daerah mana lah
Quote mrsLY 3-12-2020 08:04 AM
kiah_mai_pulak replied at 3-12-2020 08:02 AM
bukan nobita sis... tp sunio lahh.. hahahhaaha

jambul sunio
Quote tumpanglalu74 3-12-2020 08:10 AM
Edited by tumpanglalu74 at 3-12-2020 08:16 AM
kiah_mai_pulak replied at 3-12-2020 08:02 AM
bukan nobita sis... tp sunio lahh.. hahahhaaha
Rambut sama..

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/04/20/andi-bernadee
Quote cupu 3-12-2020 09:52 AM
Tp dia ni klu acara2 besar dia buat pefermance not bad jgk..blh nyanyi,blh dance..pakej ada..ig dia ramai ppuan gedik..
Quote husna_amal 3-12-2020 10:11 AM
Sama batch dengan dia masa belajar kat unisel dulu. Dia memang suka menyanyi tapi kurang bersungguh dalam study. Sekarang kira sukses juga lah dia ni.
Quote kiah_mai_pulak 3-12-2020 11:09 AM
tumpanglalu74 replied at 3-12-2020 08:10 AM
Rambut sama..

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/04/20/andi-bernadee

tp 2 kali imbas mcm hero org asli dlm cter God Must Be crazy.. ce chuolzahhh google tgk sama ke tidokkk. hahahahhahahahhaa
Quote rosannazmia 3-12-2020 01:16 PM
Ok gakla dia ni ek..xde lah nak meroyan x tentu hal. Org kata sunio pon dia ok jer ..bagus teruskan sikap begini , kalu salah minta maaf je jgn meroyan org kritik kita lik ye ahdek non
Quote dua_chzy 3-12-2020 01:20 PM
Andi Mapangile? Keturunan pelipin jugak rupanya heols.
Quote Knowlee 3-12-2020 01:36 PM
kiah_mai_pulak replied at 3-12-2020 08:03 AM
tu lahh... selalu duk tnya dia ni asal dari perkmpungan org asli daerah mana lah

Hahaha... Semua pun nak jadi retis sekarang
Quote minah_selekeh 3-12-2020 09:18 PM
kiah_mai_pulak replied at 3-12-2020 08:02 AM
bukan nobita sis... tp sunio lahh.. hahahhaaha

Ya ampunnnn.. Dok pikir Sunyo.. Pi tulis nobita.. Hahahahahahah!
Quote unguaurora 3-12-2020 09:59 PM
dua_chzy replied at 3-12-2020 01:20 PM
Andi Mapangile? Keturunan pelipin jugak rupanya heols.

Mcm mana nak sebut ni? Mapan gile?
Quote dua_chzy 3-12-2020 10:00 PM
unguaurora replied at 3-12-2020 09:59 PM
Mcm mana nak sebut ni? Mapan gile?

Mapang-gil.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.163448 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top