CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut Jumpa Mayat Tak Dikenali Dalam Rumah

2-12-2020 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4187| Komen: 13

Wanita terkejut mendapati mayat lelaki tidak dikenali terbaring di dalam biliknya.

Ketika kejadian, Asmi Hayati, 50, dilaporkan TribunNews baru pulang ke rumahnya di Cuhup Gaya, Lahat, Indonesia, semalam.


Katanya, dia dihubungi anak perempuannya, Noperiansyah yang diberitahu neneknya bahawa seorang lagi anaknya iaitu Ari Anggara sedang bergaduh dengan lelaki tidak dikenali di rumah.


Gambar hiasan

Bagaimanapun, setibanya di rumah dia tidak menemui anaknya itu. Sebaliknya, dia melihat mayat lelaki tidak dikenali terbaring di rumahnya dalam keadaan berlumuran darah.

Menurut jiran tetangga, Ari, 27, dikatakan didatangi seorang tetamu sebelum berlaku kekocahan sekitar jam 4.30 pagi.

Mereka mendakwa sekali lagi mendengar bunyi bising dari rumah Asmi sekitar jam 10.30 pagi.

Sehingga kini, polis belum mengenal pasti punca kematian lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu.


Sementara itu, nenek Ari dan saksi lain dibawa ke balai untuk memberi keterangan.

Manakala, mayat mangsa dibawa ke hospital pada jam 2.40 petang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 2-12-2020 04:43 PM
Banyaknya berita Indon semenjak dua menjak nih
Quote shernazz 2-12-2020 04:54 PM
dani-rox replied at 2-12-2020 04:43 PM
Banyaknya berita Indon semenjak dua menjak nih

Rakyat indon ramai kaka..
Jadi berita tu harusnya banyakkk gitu..
Mesia tqk ramai yang pelik pelik..hahaa
Quote dani-rox 2-12-2020 04:58 PM
shernazz replied at 2-12-2020 04:54 PM
Rakyat indon ramai kaka..
Jadi berita tu harusnya banyakkk gitu..
Mesia tqk ramai yang pelik pel ...

Ha'ah la kan... nak harapkan berita kat tanah air sendiri semedang berita politik, kedai makan kotor, masalah dlm kain suami isteri etc

Quote EvieWanKenobi 2-12-2020 05:49 PM
misterinya..
Quote akumak 2-12-2020 06:14 PM
Kena lukis baru faham ayat ni haha

"Katanya, dia dihubungi anak perempuannya, Noperiansyah yang diberitahu neneknya bahawa seorang lagi anaknya iaitu Ari Anggara sedang bergaduh dengan lelaki tidak dikenali di rumah."
Quote CiliPadiSedap 2-12-2020 07:14 PM
akumak: Kena lukis baru faham ayat ni haha"Katanya, dia dihubungi anak perempuannya, Noperiansyah yang diberitahu neneknya bahawa seorang lagi anaknya iaitu ...

Mcm sinetron ada episod episod
Quote lavendernovella 2-12-2020 07:17 PM
akumak: Kena lukis baru faham ayat ni haha"Katanya, dia dihubungi anak perempuannya, Noperiansyah yang diberitahu neneknya bahawa seorang lagi anaknya iaitu ...


Misteri ayat ni lebih menarik dari kes sebenar   {:question
Quote LadyCarefree 3-12-2020 09:34 AM
Kenapa board isu semasa ni banyak terlalu banyak gila berita kat Indonesia sana? Mod bod ni orng indo kah?
Quote husna_amal 3-12-2020 10:17 AM
Gaduh dan bunuh la tu.
Quote kelapaparut 3-12-2020 11:16 AM
dani-rox replied at 2-12-2020 04:58 PM
Ha'ah la kan... nak harapkan berita kat tanah air sendiri semedang berita politik, kedai makan kot ...

isu air, isu mabuk langgar org, isu kucing anjing babi, rasuah ,rogol2 , dai2..bosan la berite tempatan
Quote Artemesiaa 3-12-2020 12:48 PM
Macam direct je kesnya ni pasti cepat selesai
Quote Xim 3-12-2020 11:37 PM
LadyCarefree replied at 3-12-2020 09:34 AM
Kenapa board isu semasa ni banyak terlalu banyak gila berita kat Indonesia sana? Mod bod ni orng ind ...

Moderator kah yg bukak thread ini?
Quote dua_chzy 3-12-2020 11:56 PM
Betul la komplen porumer lain.

Cukup laaaaa bawak berita dari yindon nih. Cukup cukuuuppp sudaahhhh
Biar sampai di sini sajaaaaaaa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064789 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top