CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bumi Semakin Dekat Dengan Lohong Hitam, Sistem Solar Kita Bergerak Lebih Pantas

3-12-2020 01:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2899| Komen: 8


LOHONG hitam Sagittarius A* terletak di tengah galaksi Bima Sakti dan mempunyai jisim 4.2 juta lebih besar daripada Matahari. – ESO



TOKYO – Kajian terbaharu oleh pakar-pakar angkasa lepas mendedahkan bahawa kedudukan Bumi sekarang adalah 2,000 tahun cahaya lebih hampir dengan lohong hitam di Galaksi Bima Sakti, lapor akhbar Mirror UK.

Pasukan pakar Balai Cerap Kebangsaan Jepun berkata, kedudukan Bumi dengan lohong hitam tersebut adalah pada jarak 25,800 tahun cahaya berbanding 27,700 tahun cahaya sebelum ini seperti yang dilaporkan Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada 1985.

“Lohong hitam yang diberi nama Sagittarius A* atau Sgr A* itu berada di tengah Galaksi Bima Sakti dan mempunyai jisim 4.2 juta kali ganda lebih besar daripada Matahari.

“Kajian yang kami jalankan turut mendapati sistem solar kita bergerak lebih pantas pada kelajuan 227 kilometer (km) sejam berbanding 220 km sejam pada kajian lepas,” katanya.

Pasukan pakar Jepun juga berkata, keputusan tersebut diperoleh menerusi projek VERA yang ditubuhkan pada tahun 2000 untuk mencerap halaju dan struktur ruang Galaksi Bima Sakti secara tiga dimensi dengan lebih tepat.

“Projek VERA bermula sejak tahun 2000 untuk mencerap halaju dan struktur Galaksi Bima Sakti dalam bentuk tiga dimensi menggunakan teknik dipanggil interferrometri yang menggabungkan data teleskop radio di seluruh Jepun.

“Kaedah itu mampu mence-rap dengan resolusi sama se-perti menggunakan teleskop berdiameter 2,300 km, manakala ketepatan ukurannya mampu melihat dengan jelas seke-ping duit syiling di permukaan Bulan,” kata mereka. 



Sumber – Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakjiran 3-12-2020 02:01 AM
kiamat is on da way. bertaubatlah uols
Quote dani-rox 3-12-2020 02:12 AM
Katanya bumi akan stretch abis sampai rupa fizikalnya lenyap. Masa akan mengecut, maka bumi dan segala isinya akan rewind mcm tape vhs
Quote lavendernovella 3-12-2020 02:12 AM
The end is near ..  buat lah kebaikan selagi hayat dikandung badan.


Quote sarah82 3-12-2020 02:39 AM
dani-rox replied at 3-12-2020 02:12 AM
Katanya bumi akan stretch abis sampai rupa fizikalnya lenyap. Masa akan mengecut, maka bumi dan sega ...

kalau kita tengok tape video rewind semua jalan kebelakang...maknanya masa akan berundur ke belakang la?
Quote FOTHER-MUCKER 3-12-2020 02:53 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-12-2020 11:55 AM



Inilah asalnya agama dan Macamana agama itu tercipta!

Mereka fikir itu adalah tohan.
Dengan tampa di sedari sehingga sekarang ada setengah agamaq iatu ketua didalam sesatu upacara agama iatu masih menggunakan tempat yang lebih tinggi daripada aras lantai kenononya untuk lebih mendekati..menghampari kepada tohan.

Quote dani-rox 3-12-2020 04:27 AM
sarah82 replied at 3-12-2020 02:39 AM
kalau kita tengok tape video rewind semua jalan kebelakang...maknanya masa akan berundur ke belaka ...

kalau ikut teori Big Crunch, gitulah yg bakal terjadi kerana universe expansion berlaku lebih pantas dari cahaya. apa2 yg bergerak lebih pantas dari cahaya dikatakan boleh travel secara gostan jua. tp entahlah, kena tunggu dan lihat je la


Quote sarah82 3-12-2020 06:27 AM
dani-rox replied at 3-12-2020 04:27 AM
kalau ikut teori Big Crunch, gitulah yg bakal terjadi kerana universe expansion berlaku lebih pant ...

Hihi.. Menarik.. Maknanya akan kembali kepada zaman dinasour gitu.
Quote SalenaGomez 3-12-2020 07:45 AM
dani-rox replied at 3-12-2020 04:27 AM
kalau ikut teori Big Crunch, gitulah yg bakal terjadi kerana universe expansion berlaku lebih pant ...

Huhuhu x setuju time jadi gostan....apa yg x berlalu x mungkin akan kembali...1 saat pon xkan...

Masa ni pon sejenis makhluk juga

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045784 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top