Sejak berzaman lagi, anjing telah membantu memudahkan kerja manusia dalam pelbagai aspek kehidupan dari mengawal pergerakan kambing biri-biri, hingga ke membantu polis mengesan sindiket penyeludupan dadah. Kini, sahabat terbaik manusia itu berpotensi menjadi alat pengesan pesakit COVID-19 walaupun tidak bergejala, sekali gus membantu dunia mengawal penularan COVID-19. Deria hidung anjing mampu mengesan sesuatu pada titik peluh individu positif COVID-19, dan menurut kajian yang diketuai Dominique Grandjean dari Sekolah Veterinar Perancis, hidung anjing itu tidak pernah silap dalam membezakan kes positif dengan negatif.
Macam mana anjing boleh kesan virus dalam titik peluh? Setakat ini, ia masih belum jelas bagaimana anjing boleh mengesan SARS-CoV-2 pada titik peluh manusia. Hidung anjing memiliki 220 juta saraf penerima olfaktori yang mempu menghidu seribu kali lebih berkesan berbanding hidung manusia. Kajian saintis setakat ini anjing akan menghidu perbezaan dalam profil sampel peluh dan bukan bahan yang ada pada peluh itu sendiri. Ada ke nagara yang dah gunakan anjing untuk kawal penularan COVID-19? Anjing yang khusus untuk mengesan koronavirus sedang dilatih di beberapa negara di seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Chile, Argentina, Brazil dan Belgium. Di UAE, anjing pengesan sudah ditempatkan di beberapa lapangan terbang dan membantu mengawal jangkitan di negara itu. Australia pula sedang berusaha menggunakan anjing untuk membantu mengesan kes COVID-19 tanpa gejala dan ditempatkan di pintu keluar masuk negara, selain di pusat jagaan warga emas dan di hospital. Boleh ke anjing pengesan dijangkiti COVID-19? Titik peluh pesakit COVID-19 terbukti tidak boleh menjangkiti anjing pengesan. Malah anjing jarang-jarang didapati positif COVID-19, dan setakat ini hanya dua kes anjing pernah dilaporkan positif tanpa gejala. Tambahan pula, proses pengesanan virus dilakukan menggunakan kon keluli tahan karat yang membolehkan anjing pengesan menghidu sampel tanpa kontak dengan sampel. Ujian swab dan ujian darah turut dilakukan ke atas anjing-anjing pengesan dan setakat ini, masih tiada anjing pengesan dijangkiti COVID-19. Buat penat je bikin aplikasi mudah alih untuk kesan pesakit COVID-19, rupanya Tuhan dah bagi dekat kita mahkluk dan cara semula jadi yang boleh mengesannya. Jadi janganlah benci sangat anjing tu. Mari kita latih anjing-anjing kita untuk kesan pembawa virus COVID-19. Sumber : www.rancaktv.com Sumber foto: Abby Boggier |
Belibis: Harap2 anjing juga dapat kesan gay dan pondan.tak perlu la jakim nak periksa buka spender.
Belibis replied at 3-12-2020 06:45 AM
Harap2 anjing juga dapat kesan gay dan pondan.tak perlu la jakim nak periksa buka spender.
ADVERTISEMENT