Akibat cemburu, model Rusia membunuh suami dengan menikamnya menggunakan pisau. Berikutan tindakannya itu, Lilia Sudakova, 26, berdepan pertuduhan jenayah dan boleh dipenjara 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Menurut laporan Daily Star, tertuduh membunuh Sergey Popov, 28, yang bermain cinta dengan seorang wanita di sebuah bar. Mengikut pertuduhan, Lilia cemburu dan naik hantu selepas Popov membawa wanita berkenaan pulang ke rumah. Pertengkaran yang tercetus antara pasangan itu membawa kepada pembunuhan lelaki terbabit apabila Lilia menikamnya terus ke jantung. Bagaimanapun, ibu Lilia, Irena Sudakova, 48, mendakwa anaknya sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan pembunuhan itu adalah tindakannya mempertahankan diri. Dakwanya, Popov dalam keadaan mabuk membawa wanita terbabit pulang ke rumah dan menyuruh Lilia menyediakan makanan untuk mereka.
Sejurus menikam suaminya, Lilia menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital sebelum meninggal dunia. Tertuduh mengaku melakukan pembunuhan itu angkara cemburu suami yang dikahwininya empat tahun lalu menggatal dengan wanita terbabit. - CARI
|
allshares replied at 3-12-2020 11:51 AM
Dah lelakinya pun bangang, bawa pompuan lain dtg rumah, suruh bini masakkan. Ape bini tu bibik ke? N ...
Kurex replied at 3-12-2020 11:43 AM
Ganasnya leluhur oksana ni
ADVERTISEMENT