CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bila Lelaki Buat, Nampak Wow! Untung Siapa Dapat Dia"

3-12-2020 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8484| Komen: 54

Rakaman memaparkan seorang lelaki menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata netizen.


Kredit foto: IG mStar


Dalam rakaman tular itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki.

"Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.

"Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.

"Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula viral. Lagipun saya rakam senyap-senyap," ujarnya kepada mStar.


Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mahu bertemu lelaki itu jika berkesempatan dan menceritakan mengenai video berkenaan.



"Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

"InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah viral.

"Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?

"Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

"Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat... untung mak dia," kata Umi lagi.

Umi juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.


Sumber: mStar
2

Bagus
8

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-12-2020 02:08 PM
Sebaknya.... Tapi lepas ni kompom reputs bukak benang yg dicedok dari tiktok
Quote sarah82 3-12-2020 02:11 PM
Sah2 x pernah tengok lelaki jaga mak sendiri
Quote akuchenta 3-12-2020 02:17 PM
Sukati dia je nak rekod.. X jaga privasi org..

Walaupun niat dia nk puji..

Quote She-Ra 3-12-2020 02:27 PM
sesiapa ada pengalaman jaga mak atau ayah mesti dh biasa nampak keadaan gini
abg adik dgn abah meols pn cenggini
cuma lelaki tak dibenarkan tido dlm wad, boleh jaga tp duduk luar & masuk sekali sekala, ini pn tgk pd hospital atau nurse tu kot...
Quote Artemesiaa 3-12-2020 02:30 PM
Mesti jenis dah biasa buat kerja rumah dan rapat dengan emaknya sebab tu tak nampak kekok menguruskannya
Quote Kurex 3-12-2020 02:42 PM
Sebaknya.... Tapi lepas ni kompom reputs bukak benang yg dicedok dari tiktok
Quote dua_chzy 3-12-2020 02:43 PM
Untung? Ha untung. Memang untung kawin anak mak.

Kuat berangan memuja tak bertempat sangat netizens kita.
Quote dua_chzy 3-12-2020 02:45 PM
Masa bapak akak sakit pun, adik lelaki akak (yang menyakitkan hati - dan memang anak mak) pun buat begini siap kasik mandi, cuci berak segala walau badan bertattoo sana sini. Agaknya netizens mudah sebak nak puji ke kalau nampak depan mata?
Quote husna_amal 3-12-2020 02:52 PM
Yang merakam ni mungkin adik beradik lelaki tak layan maknya macam tu.
Quote prettyuglybabe 3-12-2020 03:02 PM
i agak laki tu muka can do la..
acu kalau muka pecah rumah..
takde teringinnya nak amik video bagai..
ada rupa semuanya nak dipuji..
siap nak laki tu contact dia lagi..
mana tau boleh up nanti from this: to this:
Quote MeghanK 3-12-2020 03:08 PM
kalau iols jadi mamat ni iols saman ok
sukati nak rekod2 orang..tak reti privasi ke
Quote AbukRokok 3-12-2020 03:14 PM
Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu


girls...bahaya.... anak mak detected
Quote Gomea 3-12-2020 03:14 PM
Benda pelik ke anak jantan jaga makpak sendiri? Yg rakam ni macam pompan gelenyar je
Quote febreze 3-12-2020 03:23 PM
dlm sepital mana leh rekod2...kena saman nti
Quote exclusive_vvip 3-12-2020 03:32 PM
I jaga arwah mak mentua kat spital,tukar pampers segala..gilir2 dgn kakak2 ipar..ada sorang doktor cina terkejut bila tau i cuma menantu ..
Quote kikuri 3-12-2020 03:44 PM
biasalah tu anak2 jaga mak ayah sakit kat spital... shuben meols masa arwah dua2 mertua meols pun dia yang jaga...  gilir2 dengan adik beradik yang lain...
Quote 3480 3-12-2020 04:51 PM
Gelenyar tino ni amik gambo..
Pastu pos socmed..
X jga privacy org..
Quote Belibis 3-12-2020 05:52 PM
Senang teruja betul budak2 sekarang.sampaikan tengok qimi solat pun teruja.
Quote kechikchomel 3-12-2020 05:55 PM
Dalam hospital boleh rakam2 ke?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.193466 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top