Polis menahan lelaki berusia 43 tahun selepas disyaki mencuri pakaian seragam sekolah pelajar perempuan dari loker. Sankei Shimbun melaporkan, Takashi Sato yang juga pekerja sambilan dari Bandar Hirakata ditahan pada Isnin.
Dia mengakui melakukannya untuk memuaskan nafsunya. Menurut polis, Sato memecah masuk sekolah menengah berkenaan sekitar jam 1.15 tengah hari pada 19 Oktober lalu. Dia kemudian memasuki bilik loker di dalam gimnasium sekolah itu dan memecahkan sebuah loker sebelum mencuri sepasang pakaian seragam sekolah bernilai 18,000 yen (sekitar RM700). Dalam satu serbuan, polis menemui lebih 100 pakaian sukan dan seragam sekolah di rumahnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT