Semenjak pengacara dan penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, ramai rakan artis tampil memberikan sokongan moral buat dirinya. Terbaru, pelawan Zizan Razak telah memuatnaik sebuah video menunjukkan beliau sedang menghubungi Alif menerusi video call. Zizan dilihat cuba menenangkan Alif yang kini masih berada di Hospital dan memberikan kata-kata semangat buatnya. ” Kau jangan ikut perasaan yang buat kau susah hati. Kadang-kadang perasaan tu yang buat kau lagi sakit. Aku nak kau okay je”, katanya.
Malah, Zizan turut menyeru orang ramai untuk menitipkan doa semoga Alif kembali pulih seperti sedia kala. Rata-rata netizen yang melihat adegan itu terharu dengan persahabatan antara Zizan Razak dan Alif Satar. |
Auntyou replied at 4-12-2020 07:59 AM
Kenapa zizan mcm dah lama tak ada cerita tentang kerjaya?
ADVERTISEMENT