CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

126kg Musang King Dirampas Di KLIA

4-12-2020 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4127| Komen: 30

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airports menahan seorang warga tempatan dan merampas 280 paket durian musang king seberat 126 kilogram (kg), jam 12.30 tengah hari kelmarin.


Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin, berkata 280 paket durian yang dianggarkan bernilai RM22,400 itu dimuatkan dalam tujuh bagasi dipercayai cuba dibawa ke Riyadh, Arab Saudi.

"Semua durian itu dirampas kerana tiada permit eksport dan sijil fitosanitasi yang sah.

"Perbuatan mengeksport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kredit foto: NSTP/MAQIS


Tambahnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum mengikut Seksyen 11 (3), di bawah Akta sama, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

MAQIS katanya, sentiasa mengambil langkah serius dalam isu membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 4-12-2020 01:27 PM
Awal sgt masuk
Quote eizarz 4-12-2020 01:33 PM
Kenyang la pekerja maqis makan durian musang king...
Quote tricomonas 4-12-2020 01:37 PM
eizarz replied at 4-12-2020 01:33 PM
Kenyang la pekerja maqis makan durian musang king...

nampak dgn mata sendiri ke atau sengaja create fitnah sis?
Quote mamajawie 4-12-2020 02:29 PM
so doyan yg kena rampas ni ujung2 jadi apa?dimakan ke dilelong?
Quote lattehazelnut 4-12-2020 02:31 PM
Knp xexport scr legal?
Quote lattehazelnut 4-12-2020 02:32 PM
Kang jd mcm seludup dadah.. telan plastik dlm perut.. atau kat anus..
Quote insulin 4-12-2020 02:34 PM
mamajawie replied at 4-12-2020 02:29 PM
so doyan yg kena rampas ni ujung2 jadi apa?dimakan ke dilelong?

Bahan bukti. Selesai kes, lupuskan di tempat pembuangan sampah.

Quote mamajawie 4-12-2020 02:42 PM
insulin replied at 4-12-2020 02:34 PM
Bahan bukti. Selesai kes, lupuskan di tempat pembuangan sampah.

I see..sayangnyehh

Quote laksmanabentan 4-12-2020 02:44 PM
insulin replied at 4-12-2020 02:34 PM
Bahan bukti. Selesai kes, lupuskan di tempat pembuangan sampah.

boleh jadikan tempoyak tak lepas kes selesai?
Quote insulin 4-12-2020 02:46 PM
laksmanabentan replied at 4-12-2020 02:44 PM
boleh jadikan tempoyak tak lepas kes selesai?

Kualiti benda ni dalam simpanan gomen tak terjaga. Tak payah la ambik risiko. Nanti ada yang cirit-birit dll...

Quote lavendernovella 4-12-2020 03:04 PM
eizarz: Kenyang la pekerja maqis makan durian musang king...

Bukan akan dilupuskan ker uol?
Quote mrsbob87 4-12-2020 03:16 PM
uissshhhh jangan buang... meyh ler buat tempoyak,sedaaaap oiii

takpun buat lempok duyan... aduiii..aduiii terangkat
Quote Innrukia 4-12-2020 03:17 PM
Musang king dari Hutan Simpan kat Pahang tu ka?
Quote husna_amal 4-12-2020 03:31 PM
lepas rampas simpan sampai kes selesai ke?
Quote rosmahisham 4-12-2020 04:28 PM
Aku x npk lg durian kt tepi2 jln..terlior tgk durian..musim musang king ke skrg ni?rugi la durian mhl jd bahan bukti..rosak cam gitu klu x leh mkn.
Quote eizarz 4-12-2020 06:07 PM
tricomonas replied at 4-12-2020 01:37 PM
nampak dgn mata sendiri ke atau sengaja create fitnah sis?

Sarcastic ja...bukan serius pun
Quote kerabuBiru 4-12-2020 06:12 PM
rosmahisham replied at 4-12-2020 04:28 PM
Aku x npk lg durian kt tepi2 jln..terlior tgk durian..musim musang king ke skrg ni?rugi la durian mh ...

Bukan kah musim durian dah habis ker... biasa bulan 7.. 8.. 9.. 10 tiap tahun... mana dorang ni dapat?
Quote rosmahisham 4-12-2020 06:16 PM
kerabuBiru replied at 4-12-2020 06:12 PM
Bukan kah musim durian dah habis ker... biasa bulan 7.. 8.. 9.. 10 tiap tahun... mana dorang ni da ...

Tu la pasal..dr hari tu lg tertanya2..yg kes kantoi seledup ke indon 120++ kotak!!!mana la derang dpt.direct dr kebun kot.
Quote Decon 4-12-2020 07:27 PM
yg kena cekup tu rupanya pelajar malaysia kat saudi

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055500 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top