CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Hildebrand Masih Berahsia Punca Sebenar Buka Tudung

4-12-2020 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6364| Komen: 30

Sanjungan dan pujian yang pernah diterima suatu ketika dahulu bertukar kecaman. Semuanya gara-gara keputusan wanita ini menanggalkan hijab yang menjadi penampilan dirinya sejak lima tahun lalu.


Ibarat bom jangka yang meledak, tindakan pelakon, model dan pengacara, Sarah Hildebrand bukan sahaja mengejutkan peminat, malah meletakkan dirinya dalam bara.

Dalam laman sosial, netizen mula melemparkan kata-kata kurang enak. Bukan sekadar mempersoalkan keputusannya, malah menyebarkan spekulasi punca Sarah menanggalkan hijab.

Foto: IG

Selain mendakwa keputusan Sarah ada kaitan dengan faktor 'terdesak' untuk mendapatkan tawaran kerja, netizen mengaitkan kontroversi dengan kemahuan suami pelakon berdarah kacukan Melayu, Inggeris dan Jerman itu.


Netizen mendakwa entri dimuat naik suami Sarah, Otto Gillen yang merestui keputusan pelakon itu sejurus isterinya berkongsi foto tidak berhijab di Instagram (IG), sebagai petunjuk.

Kesal dengan tuduhan yang disifatkan tidak berasas, Sarah mempertahankan suaminya bukan punca dia menanggalkan hijab.


"Ada yang tuduh kononnya saya buka tudung atas permintaan suami. Mereka buat dakwaan hanya kerana suami saya saudara baharu dan memiliki tatu.

"Suami saya tidak bersalah dalam hal ini. Keputusan itu dibuat atas kehendak saya dan tidak dipengaruhi sesiapa.

"Justeru tidak adil untuk menuding jari kepada Otto," katanya ketika ditemubual kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.

Sarah memberitahu, ketika menyuarakan hasrat untuk menanggalkan hijab, suaminya terkejut.


"Otto bertanya mengapa saya mengambil keputusan itu? Dia mengaku suka melihat saya berhijab.

"Apa yang diluahkan suami dalam IG hanyalah suatu bentuk sokongan terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat isterinya.

"Bukanlah bermakna suami menggalakkan saya membuka tudung," katanya.

Mengenai dakwaan tidak ditawarkan 'job' menjadi punca dia terpaksa membuka tudung, Sarah menafikan perkara itu.

Sarah turut menolak andaian konon 'digam' selepas membuat keputusan nekad itu.



"Keputusan yang saya buat tidak ada kena-mengena dengan terdesak mendapatkan tawaran kerja.

"Situasi saya sama sahaja dengan penggiat seni lain yang sedikit terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

"Tawaran kerja masih ada, cuma tidaklah banyak seperti sebelum pandemik melanda. Saya juga tidak digam seperti yang disangka ramai.

"Mengapa saya buat keputusan ini, agak sukar untuk saya jelaskan. Jadi, biarlah saya sahaja yang tahu.

"Perkara ini terlalu peribadi untuk saya kongsi kepada khalayak," kata pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% dan Pujaan Hati Kanda ini.

Berkongsi perasaan tatkala berdepan masyarakat selepas menanggalkan hijab, Sarah mengaku situasi itu cukup mencabar.

Sarah terpaksa menelan kata-kata cacian daripada individu yang menilai dirinya hanya dari luaran.

Bagaimanapun, kata-kata negatif diterima tidaklah sampai membuatkan dirinya makan hati atau menjeruk rasa.



"Apabila membaca komen yang dikongsi, terdetik dalam hati, mengapa mereka terlalu kejam dan tergamak melemparkan... Mereka bebas cakap apa sahaja kata-kata kesat.

"Tapi saya tidaklah sampai menangis. Sebaliknya, hanya rasa pelik dengan tindakan mereka.

"Kalau boleh, saya tak mahu sebut perkataan ini. Tetapi saya sudah lali dengan kecaman yang dilemparkan netizen," katanya.

Sarah bersyukur masih ada netizen yang memberi kata-kata semangat untuk dirinya lebih kuat berdepan cabaran.

"Walaupun ibu saya terkejut dengan tindakan saya, namun, ibu menghormati keputusan yang dibuat.

"Sekarang, saya sudah okay dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa. Biasalah mulut orang, mereka bebas hendak cakap apa," katanya.

Dalam membina kekuatan diri, Sarah mengaku mendapatkan pandangan rakan artis yang pernah melalui situasi sama.

"Mereka berkongsi pandangan dan memberi kata-kata semangat," katanya.

Sebelum ini, Sarah dikatakan bakal menyinar sebagai pelakon pelapis.

Namun, selepas mendirikan rumah tangga, populariti Sarah atau nama penuh, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand seakan merudum.

Sarah bagai tenggelam dengan bakat baharu yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ketika diajukan pertanyaan itu, pelakon filem Mirip ini berpendapat, tanggapan itu sudah tidak relevan.

Sarah percaya peminat sekarang lebih menilai bakat berbanding status diri.

"Saya tidak fikir status sebagai isteri membuatkan populariti jatuh. Perkara ini ada kaitan dengan rezeki.

"Mungkin sekarang tawaran kerja berkurangan, tetapi pada masa akan datang, siapa tahu Allah bagi rezeki yang berlipat ganda.

"Berkahwin bukanlah penyebab. Selepas bergelar isteri, saya masih terima tawaran berlakon," katanya.

Sarah berkata, peminat sudah bijak menilai.

"Apabila kita minat dengan seseorang artis, status bukan lagi menjadi isu. Lagipun perkahwinan adalah sesuatu yang positif.

"Sebagai peminat, kita sepatutnya gembira apabila idola kita bahagia," katanya.

November yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi menandakan genap setahun Sarah dan Otto melayari bahtera perkahwinan.

Apakah pasangan ini tidak berhasrat untuk menimang cahaya mata yang boleh menjadi pelengkap hidup?

Ketika diajukan soalan ini kepada empunya diri, Sarah memberi alasan tersendiri.

"Dalam situasi sekarang, kami fikir tidak sesuai untuk saya hamil. Kena tengok dahulu keadaan.

"Jika tahun depan keadaan semakin pulih, barulah kami boleh merancang untuk mempunyai zuriat," katanya yang mengusahakan perniagaan kosmetik dan produk makanan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 4-12-2020 01:01 PM
Huhhhhhhh~{:nose

Wateva laa pmpuan..tetap x relevan
Quote EvieWanKenobi 4-12-2020 01:25 PM
penting ke untuk menghapuskan
pandemik Covid19?
Quote cucuq 4-12-2020 01:30 PM
biolahh asalkan ko bahagia
Quote sukacactus 4-12-2020 01:38 PM
Penting ke kita tau sebab dia pun
Aurat dia, dia jaga la kan
Quote dejure 4-12-2020 01:43 PM
Ape ape jelah si kembar suzanna sundelbolong ni..
Quote shaiy 4-12-2020 02:01 PM
aku tk berkenan dgn minah mixing ni since sheols pena jwp kenapa dia bertudung.. jwpn sheols nmpk bimbo tah apa2.. masih sendu juaa..
Quote awenda507 4-12-2020 02:16 PM
Suka hati kau la..lgpun makin tak lawa bila tak bertudung ni. Masa bertudung nampak manis sikit
Quote lattehazelnut 4-12-2020 02:29 PM
Thread yang ke 600 juta sbb kau bukak tudung..
Boleh jd kategori baru untuk anugerah meletop or abpbh..
Quote JalaEmas 4-12-2020 02:32 PM
U can keep that secret. Iolls taknak tau.. Taktaulah kalau org lain nk tau
Quote SayaSayangMama 4-12-2020 02:59 PM
Muka dia ni jgn mekap. Klu mekap ya Allah....
Quote SayaSayangMama 4-12-2020 03:00 PM
Senyum pun pelik. Mcm smirk. Buat biasa je muka baru lawa.
Quote eyansss 4-12-2020 03:11 PM
takyah la nak korek2...  biaq pi la dia...
Quote husna_amal 4-12-2020 03:27 PM
Dah ramai retis buat uturn. Terpulang lah nak pakai ke tak. Bende tak baik memang kita kecam. Dia pun dah fikir panjang tu.
Quote enot_sibudak 4-12-2020 04:49 PM
Kepam dik bukak tudung.. Bgtau ja hati bolak balik...iols doakan smoga cpt2 bertuudng.. Bkn pasal hati ka, xleh paksa ka pa.. Mmg kna pksa dik.. Bnda wajib.. Suka ka xsuka ka kna pakai.. Mcm smbhyg.. Bnda wajib..
Quote dudaberhias 4-12-2020 04:49 PM
sebab tak laku kot... dia ni cepat sangat kahwin awal...
tu yang makin tak laku...
Quote Normabaru 4-12-2020 05:02 PM
Dh lali tp benang pasal isu sama je dh bpe kali dah bkak.. Tu lom masuk lg kt ig dia posting blambak justifying her own silly mistake.semoga diberikan hidayah dan taufik... Amin
Quote tagas 4-12-2020 06:04 PM
iman sy tak kuat

aku tolong jwb kan
Quote slyfynx 4-12-2020 06:15 PM
Sukati die lah.
Sbg orang Islam, tegur.
Die x nk dengar, die punye pasal.
Jgn sentap.
And x perlu pun die explain reason.
Lain la kalau die kene ugut bunuh mcm bini si Mira tu kalau x bukak tudung
Quote SKUTIL 4-12-2020 06:29 PM
Xnk tahu pon... Just nk ckp Neraka Kirim Salam hahahaha

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055652 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top