CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

3 Jam Buat Video TikTok 'Pusing Stereng' Bagai Satu Reward Walaupun Penat Gila

4-12-2020 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8989| Komen: 71

Kalau dah minat, apa sahaja sanggup kita lakukan. Begitu juga kisahnya gadis ini apabila dia menghabiskan masa selama tiga jam semata-mata untuk menghasilkan video TikTok berdurasi 60 saat.

Menerusi video dengan teknik transition itu, Masnor Tahirah Roslan tampil dengan beberapa persalinan berbeza yang berubah setiap kali dia memusingkan stereng kereta.



Mesra disapa Masnor, gadis berusia 21 tahun itu mengakui proses rakaman berkenaan cukup memenatkan, namun langsung tidak mematahkan semangatnya.

"Penat gila. Saya cakap dekat kapsyen bahawa ia mengambil masa tiga jam, tapi sebenarnya saya rasa lebih daripada tiga jam.

"Penat sebab saya yang buat solekan dan sediakan baju... ada empat persalinan kalau dapat dilihat. Semua tu saya sediakan sendiri.

"Saya juga tak jumpa video tutorial. Jadi saya harus cari sendiri kaedah untuk hasilkan video transition itu, try and error je," ujarnya.


Kredit foto: IG Masnor

Dalam pada itu, Masnor tidak kisah sekiranya ada yang menganggap usahanya itu sebagai satu pembaziran masa.

"Tak kisah pun, saya buat video pun lepas selesai buat assignment. Ia bagaikan satu reward buat diri saya.

"Kalau orang rasa benda tu macam membazir masa, saya tak kisah. Hanya kita yang faham erti sebenar kegembiraan untuk diri.

"Apa yang menggembirakan kita mungkin bukan sesuatu yang menggembirakan di mata orang lain," katanya.

Tambah Masnor, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif termasuklah yang memperkatakan mengenai rupa parasnya.




"Semestinya pernah (dikecam). Kalau buat video transition dari wajah tanpa mekap kepada wajah yang sudah disolek, ada yang kata saya fake... sebab tak mekap nampak biasa, bila mekap nampak lawa.

"Tapi itulah tujuan mekap. Apa fungsi mekap kalau muka saya sama je? Mereka tak faham jadi saya biarkan je. Kalau ada mood saya layan," ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan komen pada posting video berkenaan.

Tambahnya, dia mendapat idea menghasilkan video itu daripada seorang pelayar TikTok luar negara, dikenali sebagai Misoaa.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 4-12-2020 03:25 PM
ko terjelir2 tu nak jilat ape dek
Quote sarah82 4-12-2020 03:30 PM
Kulit dia tanpa makeup cantik.
Quote Megikari 4-12-2020 03:34 PM
Nak buat video cemana rupa, berapa lama pun sukati ko la dik. Dah mak bapak ko pun x tegur kan. Tapi kalau adik aku la buat video tergedik2 jelir2 lidah macam tu memang aku siram air kolah 7 masjid je
Quote serikandi_gurl 4-12-2020 03:39 PM
Paling menyampah bila tertengok pompuan bertudung ala hijabista ni buat tiktok ke bidio ke terjelir2 lidah. Geli dan mengada dann gedik! Sekian
Quote serikandi_gurl 4-12-2020 03:40 PM
sarah82 replied at 4-12-2020 03:30 PM
Kulit dia tanpa makeup cantik.

In real live ke atau kat IG. Kalau kat IG jgn percaya leh filter huhu.
Quote mamajawie 4-12-2020 03:40 PM
benang bodoh apekah ini????
Quote lattehazelnut 4-12-2020 03:48 PM
Berdasarkan gedik nya maybe bole jd alya iman 2.0
Quote Gomea 4-12-2020 03:48 PM
Dah kenapa kau tersentil2 lidah tu??
Quote nazzse 4-12-2020 03:51 PM
Lapar perhatian ko ni dekk
Rupa biasa, makeup setebal span cuci pinggan
Lidah terjelir gitu
Geli tau dak.
Quote kaoru44 4-12-2020 03:54 PM
Perlu buka ke cter mcm ni??
Xda apa isi pun..
Byk masa btul bdk2 ini utk dibazirkan..
Quote Rajawali 4-12-2020 03:56 PM
Citer lahanat apa ni?
Quote sarah82 4-12-2020 03:59 PM
serikandi_gurl replied at 4-12-2020 03:40 PM
In real live ke atau kat IG. Kalau kat IG jgn percaya leh filter huhu.

Hahaha.. Iols ni jenis percaya saja apa yg ditunjukkan kat iG.
Quote codenamedream 4-12-2020 04:06 PM
Make-up dia bersepah
Quote msdummy.2018 4-12-2020 04:20 PM
siapa ni...kalo mcm tuh..korang tlglah uplan kisah aku kat benang..aku pun nk ada satu benang citer pasal iiii
Quote HuoJingJue 4-12-2020 04:21 PM
okla tu..apa lagi korang mahu..ni zaman tik tok
Quote Scheherazade 4-12-2020 04:36 PM
Quote buapakperut 4-12-2020 04:49 PM
mekapp merah liplap tu parody ke ape
Quote swateng1 4-12-2020 05:01 PM
menyampahnyaaa la haiii tengok terjelir2 lidah macam anjir tu dah kenapa dekkkk.. pastu nanti dapat dm lucah2, ko nak meroyan cakap kena gangguan sexual.. ko sendiri yang memintak nk di ngesekk
Quote pxlbb 4-12-2020 05:03 PM
Budak terjelir lidah aku boleh terima. Nama pun budak takde akal. Perempuan dewasa 20an jelir lidah camtu sgt mengundang pengertian berbeza {:spec

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.479552 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top