|
Mungkin ramai tidak ingat bagaimana rasanya menaiki tangga bergerak eskalator buat pertama kali kerana rata-rata kita melalui pengalaman pertama itu ketika kecil. Namun, boleh dikatakan melangkah ke atas eskalator adalah lebih kurang seperti menunggu untuk terjun ke dalam kolam. Hakikatnya, pergerakkan mesin tersebut memang sudah cukup membimbangkan, ditambah pula dengan imaginasi liar yang diperoleh dari menonton filem Final Destination bahawa ia boleh menelan kaki pengguna jika tersilap langkah. Jadi, tidak hairanlah ada yang sangat berwaspada apabila menggunakan eskalator. Namun, rakaman tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan adegan yang agak luar biasa berlaku di sebuah kompleks membeli-belah. Dalam video yang tersebar, kelihatan ramai pengunjung pasar raya besar Carrefour yang baru dibuka di Cameroon, Afrika mengalami kesukaran ketika menaiki eskalator buat pertama kali. Kompleks membeli-belah itu dikatakan yang pertama dibuka di negeri itu dan ramai penduduknya baru pertama kali menggunakan eskalator. Akibatnya, ramai yang agak keliru dengan tangga bergerak tersebut hingga mengalami kesukaran untuk mengimbangi badan ketika tangga bergerak. Adegan tersebut membuat rata-rata netizen geli hati, namun ada juga yang percaya ramai penduduk Cameroon tidak reti menggunakan eskalator kerana isu rasuah di negara itu yang menindas golongan tidak berkemampuan. Sumber: Himpunan Cerita Lawak
|
Mintak maap la, out of my control dah. Yelah, benda br, mmg amik masa utk sesuaikan diri. 


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.098819 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.