CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Gaji Buta Adalah Dakwaan Berat Untuk Guru

5-12-2020 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9258| Komen: 100

Dakwaan yang dilemparkan segelintir individu di media sosial yang menuduh guru hanya makan gaji buta sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sememangnya amat berat untuk ditelan.


Selain dikatakan makan gaji buta, paling teruk ada juga yang menyarankan supaya kerajaan membabitkan guru dalam tugas barisan hadapan seperti menjaga sekatan jalan raya.

Tuduhan yang mempertikaikan profesionalisme pendidik itu pastinya mengguris hati guru yang kini berjumlah kira-kira 420,000 orang di seluruh negara.

Foto: Berita Harian Online

Hakikatnya, tidak ada istilah makan gaji buta bagi guru yang kini berhadapan cabaran baharu apabila terpaksa melaksanakan tanggungjawab mendidik melalui sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPDR).


Satu tinjauan ringkas membabitkan 1,742 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta membuktikan dakwaan itu sangat tidak tepat.

Dalam soal selidik yang dijalankan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) November lalu, 85 peratus guru menyatakan mereka meluangkan antara satu hingga empat jam sehari melaksanakan aktiviti PdPDR manakala, baki 15 peratus memperuntukkan lebih daripada empat jam sehari.

Bagi kaedah pengajaran yang digunakan, 37 peratus melalui dalam talian, 16 peratus secara luar talian, 45 peratus secara dalam talian dan luar talian manakala, yang selebihnya berada di pusat-pusat komuniti untuk mengedar dan mengutip nota, latihan dan tugasan yang diberikan kepada murid.

Ketua kajian Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata dapatan yang diperoleh menunjukkan majoriti guru melaksanakan tugas hakiki mengajar ketika PKP dan PKPB dengan mengikut jadual waktu yang diberikan kepada mereka.

"Mungkin ada yang musykil mengapa majoriti guru mengajar tidak sampai pun empat jam sehari? Apa yang dijelaskan oleh guru yang terbabit dalam tinjauan itu, tugas sebenar mereka bukan sahaja mengajar sebaliknya ada lagi tugas-tugas lain yang berkaitan pentadbiran perlu dilaksanakan.

"Antaranya menyemak tugasan murid, menyediakan bahan bantuan mengajar, merekod data kehadiran dan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan pengetua atau guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah," katanya kepada BERNAMA di sini.

Dalam tinjauan itu juga guru yang terbabit turut berkongsi cabaran dan kekangan PdPDR atau home-based learning (HBL) dengan 80 peratus menyatakan cabaran utama mereka adalah memastikan keberadaan murid semasa kelas berlangsung.

Ini diikuti cabaran dalam menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan dan kesediaan murid, di samping perlu memastikan murid dapat memberi tumpuan supaya mereka faham dan seronok belajar dalam setiap kelas yang diadakan.

"Selain itu sebanyak 70 hingga 80 peratus menyatakan masalah kestabilan internet, kebolehgunaan peranti mengajar seperti komputer, telefon, tablet, ruang pembelajaran murid, sokongan ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah.

"Cabaran lain yang menggugat kredibiliti guru, seperti Astro, Netflix, video game dan lain-lain yang seumpamanya yang boleh diakses pada bila-bila masa secara percuma dan lebih mengujakan murid sekolah khususnya remaja," katanya, sambil menambah laporan lengkap tinjauan dijangka siap Januari tahun depan.

Beliau berkata dalam hal pendidikan, tidak wajar guru sahaja dipersalahkan kerana banyak perkara yang perlu diambil kira antaranya masalah kesihatan mental dan fizikal pelajar yang 'terkurung' berikutan PKP dan PKPB, ruang dan kediaman yang tidak selesa, konflik keluarga dan persoalan lain yang turut mengganggu pembelajaran pelajar.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berpendapat sentimen atau tuduhan melulu individu atau pihak yang menyatakan guru makan gaji buta ketika PKP dan PKPB disebabkan mereka tidak memahami tugas dan tanggungjawab guru.

Beliau berkata jika gaji guru hanya perlu dibayar ketika mengajar di dalam kelas, itu adalah satu tanggapan yang sangat salah kerana banyak beban dan cabaran guru terutama ketika PKP dan PKPB dalam memastikan pelajar meneruskan pembelajaran di rumah.

Ini termasuk mempersiapkan nota-nota pengajaran, dokumen dan sebagainya sebelum melakukan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam talian atau luar talian, katanya.

"Apakah kita mampu berkata kepada ahli bomba, mereka makan gaji buta kerana mereka tidak memadamkan api, atau kita kata pihak polis memakan gaji buta kerana tidak menangkap pencuri atau penjenayah.

"Walaupun kelas ditutup, kuliah tidak ada, tidak bermakna guru makan tidur semata-mata. Mereka tetap bertugas seperti biasa terutama mempersiapkan nota-nota semasa PKP untuk dikongsikan dengan pelajar," katanya. -CARI

Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 5-12-2020 09:10 AM
Ni bakal jadi gaduh.. Lepas tu karang aku juga yg kena cop kaki gaduh..
Quote pichee 5-12-2020 09:14 AM
Yg ckp tu sorg je....yg buat kje ramai...x yah la cikgu2 nk terasa...ignore je..

Cikgu sekolah ank i..ada jadual utk online. Utk kelas pemulihan, sbb ank i special class..kne amik handout kt sekolah. Cikgu always msg n update puji ank2 if siapkn homework.

Cikgu akn srh wasap video nk tgk ank2 blh bc ke x..pnye la rajin cikgu sekolah ank aku.

Terharu dgn usaha cikgu2 ank aku. Syukur la.  
Quote TomyamPuteh 5-12-2020 09:20 AM
@caprut mintak msk komen. Beliau Sgt bitter dgn cikgu2 ni
Quote TOPwind 5-12-2020 09:23 AM
hakikatnya ya

Quote zehra2 5-12-2020 09:24 AM
pichee replied at 5-12-2020 09:14 AM
Yg ckp tu sorg je....yg buat kje ramai...x yah la cikgu2 nk terasa...ignore je..

Cikgu sekolah an ...

baik nya cgu.. ppki skolah kami pun dtg je skolah. cgu dgn pembantu cgu ppki ni mmg rajin. sabar ngajar dan layan anak2 yg berkeperluan khas ni..
Quote pichee 5-12-2020 09:27 AM
zehra2 replied at 5-12-2020 09:24 AM
baik nya cgu.. ppki skolah kami pun dtg je skolah. cgu dgn pembantu cgu ppki ni mmg rajin. sabar n ...

Tu la...syukur sgt. Cikgu srh amik handout yg die dh printkn letak dlm file lg...nnt hantar pn cara yg sama.

Skrg, ank i dh 70% blh membaca. Jz ada perkataan yg ssh die x blh lg.

Quote ladybugs_12 5-12-2020 09:31 AM
anak2 kami..everyday ada online class..everyday ada task kene buat..
yg kecik2 ni kenela monitor utk pastikan mereka follow.. kalau tak muncul kat online class, cikgu2 tanya thru wassap... online class pun cikgu pecah2kan into small groups so that dapat focus sorg2...
mana2 yg tak catch up dlm online class.. siap ada class extra lagi... 1-1 online class

hanya kerana cikgu tidak berada secara fizikal di sekolah.. tidak bermakna makan gaji buto...
Quote irish_ieka 5-12-2020 10:10 AM
well sebenarnya ad segelintir yg mmg gitu. dulu masa sekolah cikgu2 aku bukan mengajar pon. siap buat syarat sape nk belajar masuk kelas private tusyen dia. baya rn70 sejam. kelas 2 jam every week. ko bayang kalau 20 student brp rm die dpt seminggu? ni 10 thn lps ok
Quote tipuware 5-12-2020 10:27 AM
Realitinya yes. Mmg ada makan gaji buta. Guru subjek yg sekadar fwd link kt youtube kpd guru kelas.. Siap kuiz tu kdng2 dr sekolah lain, dibantai nya kasi. Then minta paste kan markah. Itu aje. Takde inisiatif lain
Quote Buritan 5-12-2020 10:34 AM
sarah82 replied at 5-12-2020 09:10 AM
Ni bakal jadi gaduh.. Lepas tu karang aku juga yg kena cop kaki gaduh..

Fuhhhhh..lega.. aku dah blah dr guru..
Quote Buritan 5-12-2020 10:36 AM
TOPwind replied at 5-12-2020 09:23 AM
hakikatnya ya

Masa aku jd cikgi kat sabsk bernam... ade satu cikgu be4 pergi school tarik lembu dulu.. lps tuu pi school.. ajar..  paa tu balikk.. so simple dimple life..
Quote sarah82 5-12-2020 10:42 AM
Buritan replied at 5-12-2020 10:34 AM
Fuhhhhh..lega.. aku dah blah dr guru..

Cikgu ni.. Bagi aku berat tugasnya.
Quote Buritan 5-12-2020 11:10 AM
sarah82 replied at 5-12-2020 10:42 AM
Cikgu ni.. Bagi aku berat tugasnya.

Bg aku laa setakat ngajo aku happy jahh.. aku tak lalu dan tak reti nak buat keje pengurusan.. spbt la.. cari dana laa.. berkenduri kendara bila menteli dtg.. satu lg aku tak lalu budak jahatttt dan plg aku tak lalu bila kena bg markah budak.. budak tak buat keje kusus aku yf salah...bg markah 000000000 mmg tak boleh   
Quote kads 5-12-2020 11:19 AM
tipuware replied at 5-12-2020 10:27 AM
Realitinya yes. Mmg ada makan gaji buta. Guru subjek yg sekadar fwd link kt youtube kpd guru kelas.. ...

Sekolah anak aku mcm ni..minta nama murid sekadar utk hntr laporan je..yg ni mmg gaji buta dan aku x dpt nak bersangka baik dah dgn cikgu..aku smpi terpaksa enrol anak aku tuisyen online utk make sure dia x ketinggalan
Quote ninja9 5-12-2020 11:26 AM
tipuware replied at 5-12-2020 10:27 AM
Realitinya yes. Mmg ada makan gaji buta. Guru subjek yg sekadar fwd link kt youtube kpd guru kelas.. ...

Pendapat aku guna bahan sedia ada adalah genius, sebab yang lebih penting ialah penguasaan ilmu, bukannya dari mana bahan tersebut didapati. Jadi priority nya tepat disitu.

Cuma kalau tak ada aktiviti bersama untuk guna bahan itu, untuk kuasai bahan itu, barulah boleh dipersoalkan.


Quote Megikari 5-12-2020 11:28 AM
Berdasarkan pengamatan aku terhadap kelas2 online anak2 aku, memang ramai cikgu yg rajin buat bahan mengajar sendiri. Kuiz diorang pun menarik sampai aku pun kadang2 sibuk nak try haha. Yang cari student sampai ke lubang cacing sebab tak hantar kerja pun ada. Jenis cikgu2 rajin macam ni memang aku puji.

Tapi ada jugak yang main ceduk orang punya je, dengan nama sekolah semua pun tak tukar. Lepas tu ada yg snap gambar latihan dalam buku teks, suruh budak2 buat tapi tak suruh hantar balik ke cikgu pun. Maknanya cikgu pun tak semak kerja students.

Hujung2, tanya diri sendiri je la. Nak gaji berkat, kerja elok2. Mana2 kerja pun sama je, ada je yg makan gaji buta.
Quote sarah82 5-12-2020 11:30 AM
Buritan replied at 5-12-2020 11:10 AM
Bg aku laa setakat ngajo aku happy jahh.. aku tak lalu dan tak reti nak buat keje pengurusan.. spb ...

Sebab tu la aku kata berat tugas guru ni
Quote shernazz 5-12-2020 11:32 AM
Jiran iols skola lain anak nya..dah takde dah google classroom online dari last week..
Anak iols pula sampai semalam ada online class..sampai.kalau sikit murid dalam.tum.cikgu wasap kat group soh anak anak masuk..
Iols kagum dengan kecekalan cikgunskola anak.iols...siap nyanyi nyanyi lagi dgn anak murid
Quote Buritan 5-12-2020 11:33 AM
sarah82 replied at 5-12-2020 11:30 AM
Sebab tu la aku kata berat tugas guru ni

Aku nak backinh cikgi aku tak mo la.. kang kata.. alaaaa mentang mentang hang cikgi.. mcm laki aku sujud syuko tolak jd cikgu dulu.. laki aku kalo jd cikgu mungkin dah ade tiga puluh budak dicampaknya dr koridor

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.107662 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top