CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nia Ramadhani Ketakutan Apabila Bapa Mertua Minta Kopi, Tak Tahu Berapa Sukatan Gula

5-12-2020 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11862| Komen: 67



Nia Ramadhani antara selebriti yang kerap menarik perhatian netizen. Bukan kerana paras rupa mahukan kelangsingan badannya sahaja, tetapi dengan kelakuan-kelakuannya yang membuatkan netizen tampil 'membawang'. 


Dalam tahun 2020 ini sahaja, Nia pernah mengemparkan netizen apabila dia dikatakan tidak pandai memecahkan dan memasak telur dan kali pertama dia berbuat demikian, mendapat pujian dari suaminya, Ardie, yang begitu bangga dengan pencapaian terbaru isterinya itu. 


Diikuti pula pendedahan bahawa selama dia hidup, inilah baru pertama kali dia diberitahu sayur-sayuran perlu diletak dalam peti sejuk agar tidak cepat layu. 


"Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan dibiarkan begitu sahaja?" soal Nia. "Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja," jawab pembantu rumahnya. 


Selain itu, Nia memaklumkan dia selalu bangun lewat pagi namun tidak pernah dimarahi oleh mertuanya kerana dia sememangnya mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dari dulu lagi walaupun sudah mendirikan rumah tangga. 


Dan baru-baru ini Nia sekali lagi membuatkan netizen heboh kerana tidak tahu berapa sukatan gula yang bersesuaian untuk membuat air kopi, membuatkan dia takut apabila bapa mertuanya, Aburizal Bakrie meminta air minuman itu darinya. 


Melalui channel YouTube Ayu Dewi, Nia menceritakan bapa mertuanya pernah meminta dia untuk membuat air kopi. Tetapi Nia tidak tahu berapa banyak gula yang harus dimasukkan agar air kopi itu tidak terasa pahit ketika diminum. 


Disebabkan tak tahu dan takut tersalah bancuh, Nia pun membawa bekas gula itu terus ke hadapan mertuanya. 


"Masa tu buat air teh tahu, tapi buat air kopi tak tahu berapa jumlah gulanya. Terus saya bawa bekas gula dan letak di hadapan mertua," kata Nia. 


Bukan hanya itu, Nia juga diminta mengacau air kopi itu di depan mertuanya membuatkan dia berasa takut kerana bimbang caranya salah. 




Sumber - Agensi/TheReporter


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • missyL


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 5-12-2020 02:01 PM
nasib baik dia tak suap kopi gula kemulut bapa mertua pastu soh kumur sendiri air panas
Quote KIM.K 5-12-2020 02:07 PM
Taktau la kenapa family nia ramadhani ni duk buat lawak kat media
Quote YomiuriLandMae 5-12-2020 02:09 PM
walaupon iols penah crush dkt dia ni dulu tp apoo perlu ke bukak benang psl benda ni..
Quote little_sis 5-12-2020 02:09 PM
Retis tempatan ke nih
Quote hidet 5-12-2020 02:23 PM
untung laaaa kwin org kayaaaa..tido sampai zohor keesokkannya pun xpe
Quote codenamedream 5-12-2020 02:25 PM
Sila masuk bod kayangan
Quote azimodin 5-12-2020 02:25 PM
Dia ni x malu ke potray diri sebagai dumbo? At least paris hilton tu pandai la jugak meniaga, idok le memanjang tunjuk bodoh
Quote sonatalady 5-12-2020 02:33 PM
Tiap kali keluar citer dia..pasal kebodohan dia...x malu ke?bangga ek?
Mula2 bole gak baca...ni dh mula rasa nak mencarut pn ada.
Quote sharlenetexas 5-12-2020 02:37 PM
Dia ni bodoh sangat ke? Bodoh is cute?
Quote pearl.silver 5-12-2020 03:02 PM
Lembam ke dia ni..
Semua benda jakun.
Macam baru keluar gua.
Quote lattehazelnut 5-12-2020 03:04 PM
Who cares bodo.. asal lawa kan, laki suka je..
Yang dulu2 dia cerita pasal dulu2 hidup susah lawak gile..
Quote Normabaru 5-12-2020 03:13 PM
Pki jela 3in1 ape susah.. Nk kata lembam, part nk cantik2 advance plak masing2.ckp jela mls nk amik tau
Quote lavendernovella 5-12-2020 03:20 PM
Trophy wife mmg jadi pilihan orang ada2, bimbo pun takper yg penting cantik jelita.
Quote netto_ 5-12-2020 03:22 PM
Xkn la mcm ni punye lampi. Bancuh je la 3in1
Quote Aikiko 5-12-2020 03:27 PM
Compare dia ni ngan amyra rusli...bertiang-tiang ditinggalkan si amyra
Quote bioessence 5-12-2020 03:55 PM
Faker
RPA pun pandai goreng telor walaupun kaya raya
Quote awenda507 5-12-2020 03:55 PM
Bkn kaleng2 bodo dia ni ek
Quote AshKetchum 5-12-2020 03:56 PM
laki ko mintak ngesek ko ketakutan tak? ye lah kan kot ko tak tau berapa lama nak foreplay berapa lama nak henjut berapa kali nak keluar masuk berapa dalam nak kena tembus segala?
Quote sarahmirza 5-12-2020 03:57 PM
Takkan tak pernah minum kopi yg tak dibancuh gula yg biasa hotel2 buat?

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.227063 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top