Pemuda PAS mempersoalkan tindakan tergopoh-gapah EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang membidas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perobohan kuil di negeri itu.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait kesal tindakan Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo itu dan mempersoalkan sama ada mahu mencari pertelingkahan, perbalahan atau pergaduhan. Tegas beliau, sebagai anak muda, tidak harus bertindak tanpa berpandukan prinsip di mana isu yang berlaku itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan juga Pemuda mesti menjadi ejen perpaduan, penyatuan dan mendamaikan. Terangnya, isu tersebut tidak lagi menjadi rahsia di mana notis dari Majlis Bandaraya Alor Setar sudah diberi sejak Disember 2019 disusuli notis kedua pada Julai 2020, namun tidak diambil tindakan atau diendahkan oleh pihak kuil.
Di mana bacanya dari notis tersebut, pihak berkenaan dikehendaki mengubah dan mengalih serta merobohkan binaan berkenaan dengan kadar segera dalam masa tujuh hari yang menunjukkan bahawa isu tersebut bukan baharu atau tanpa budi bicara. Isu tersebut juga kemuka Faisal, turut melibatkan perobohan gelanggang silat disebelah kuil itu, namun ia tidak diperjuangkan pula oleh Azri dan pihak-pihak yang mempertahankan kuil tersebut, malah pihak pertubuhan silat juga tidak membantah. “Kalau kita lihat sama lebih kurang dia punya kaedahnya iaitu anda telah pun didapati mendirikan binaan menyebabkan bersalahan dengan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan juga Bangunan (Akta 133) “Akta 133, tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil Hindu, tokong atau rumah ibadah, ianya juga berkuatkuasa ke atas semua struktur binaan dan hadangan yang tidak diluluskan, apa-apa sahaja,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau mempersoalkan motif Pemuda Umno membawa naratif isu tersebut yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen atau provokasi berbanding usaha untuk menyelesaikan isu itu secara sewajarnya.
|
LadyCarefree replied at 7-12-2020 01:20 PM
Papagomo ni apa sumber pendapatan dia?
rogayahtop replied at 7-12-2020 01:29 PM
lmao keje polis dulu pun kena buang psl rasuah. lepas tu umno bayor. lepas tu tak paham kenapa org m ...
nikaido replied at 7-12-2020 12:38 PM
Rizal mansur ckp papa jadi RBA dpt rm5000. Belum lagi elaun exco pemuda & projek2 under pemuda umn ...
rogayahtop replied at 7-12-2020 05:45 PM
mmg betul pun mb kedah tu cakap. nak buat kuil ada SOP. ke tak payah SOP boleh mcm pacak kat mana2 t ...
rogayahtop replied at 7-12-2020 01:29 PM
lmao keje polis dulu pun kena buang psl rasuah. lepas tu umno bayor. lepas tu tak paham kenapa org m ...
ADVERTISEMENT