CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Naik Bas 2 Pagi Untuk Rawatan IVF, 21 Tahun Kahwin Baru Dapat Anak

7-12-2020 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3776| Komen: 16

Usaha tidak pernah jemu satu pasangan Indonesia selama 21 tahun untuk mendapatkan anak, berbaloi apabila si isteri selamat melahirkan bayi mereka bulan ini.

Kisah pasangan itu dalam perjuangan mereka termasuk rutin menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) itu kini menjadi inspirasi dan bualan ramai.

Kisah itu dikongsikan pakar obsterik dan ginekologi (O&G), Dr Benny Arifin, di laman Instagram.

Foto: Dr Benny

Kata Dr Benny, wanita terbabit, Su'udiyah, 44, dan suaminya Somidi, 51, yang menetap di kampung Pakondang Daya, Madura, Jawa Timur itu berjaya melahirkan anak pertama mereka, Aisyah menerusi rawatan IVF.

"Perjuangan pasangan ini tidak semudah itu, mereka harus menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer dari rumah mereka ke Sumenep dan enam jam lagi perjalanan dari Surabaya ke pusat rawatan di Klinik Bayi Tabung Morula IVF.


"Demi mendapatkan rundingan atau rawatan di pagi hari, mereka menaiki bas seawal jam 2 pagi .

"Malah, selepas 'mendapat' embrio, mereka tetap sabar kerana perlu menunggu setahun lagi sebelum boleh dipindahkan ke rahim isteri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 7-12-2020 01:28 PM
Usaha tidak pernah jemu satu pasangan Indonesia selama 21 tahun untuk mendapatkan anak, berbaloi apabila si isteri selamat melahirkan bayi mereka bulan ini.


Kisah pasangan itu dalam perjuangan mereka termasuk rutin menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) itu kini menjadi inspirasi dan bualan ramai.


Kisah itu dikongsikan pakar obsterik dan ginekologi (O&G), Dr Benny Arifin, di laman Instagram.


Foto: Dr Benny




Kata Dr Benny, wanita terbabit, Su'udiyah, 44, dan suaminya Somidi, 51, yang menetap di kampung Pakondang Daya, Madura, Jawa Timur itu berjaya melahirkan anak pertama mereka, Aisyah menerusi rawatan IVF.


"erjuangan pasangan ini tidak semudah itu, mereka harus menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer dari rumah mereka ke Sumenep dan enam jam lagi perjalanan dari Surabaya ke pusat rawatan di Klinik Bayi Tabung Morula IVF.


"Demi mendapatkan rundingan atau rawatan di pagi hari, mereka menaiki bas seawal jam 2 pagi .


"Malah, selepas 'mendapat' embrio, mereka tetap sabar kerana perlu menunggu setahun lagi sebelum boleh dipindahkan ke rahim isteri," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote iminidin 7-12-2020 02:01 PM
alhamdulillah
Quote Gomea 7-12-2020 02:08 PM
Tembamnya baby
Quote matchstick 7-12-2020 02:29 PM
Tahniah pakcik..usaha tangga kejayaan. Couple lain mungkin dh give kalau tunggu selama tu utk dpt baby
Quote Normabaru 7-12-2020 02:39 PM
Congratulations... Nk tny.. Bb ivf ni dr segi chances kena genetik diseases / adhd sume tu still tinggi ke? Or sama mcm bb biasa?
Quote ikanmasin 7-12-2020 03:08 PM
alhamdulillah...
Quote eplasbpafree 7-12-2020 03:14 PM
Alhamdullilah

Quote alieyrina 7-12-2020 03:17 PM
Penah jumpak bangla dgn indon..baby bedung kain batik. Mcm anak patung babynya. Pipi kui pau
Quote husna_amal 8-12-2020 11:14 AM
Kalau pasangan lain mungkin dah bercerai bila gagal dapatkan anak ni. Rezeki tak salah alamat bila betul2 berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah.
Quote allshares 8-12-2020 12:24 PM
Lamanya jangka masa nk mskkan embrio ke dlm Rahim bini.
Quote lattehazelnut 8-12-2020 12:28 PM
Org lain da dukung cucu dah
Quote Redmyvi 8-12-2020 03:40 PM
Kuatnya semangat depa nie.. Kena percaya pada rezeki Allah..
Quote HuoJingJue 8-12-2020 03:42 PM
awal bas kt kampung dia..pagi2 dh ada
Quote clarizsa 8-12-2020 04:47 PM
Inilah yg dikatakan KALAU HENDAK SERIBU DAYA
Tahniah
Menaikkan semula semangat org mcm i yg senasib
Quote gorjeous 8-12-2020 05:06 PM
Alhamdullilah.. baby comel sangat...
Quote epuepy 16-2-2021 02:28 PM
Wow. Sabar nye. 21 thn tggu! Nyway, tahniah pakcik

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059173 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top