CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Batak' Follower, Tergamak Buat Live Kekasih Mati

7-12-2020 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6052| Komen: 24

Ghairah mahukan jumlah tontonan, seorang YouTuber Rusia tergamak melakukan penstriman langsung ketika teman wanitanya yang hamil meninggal dunia akibat hipotermia.

Toronto Sun yang memetik Daily Mirror melaporkan kejadian di kampung Ivanovka berhampiran Moscow itu berlaku apabila Stanislav Reeflay, 30, memaksa Valentina Grigoryeva,28, keluar ke balkoni dalam keadaan cuaca sejuk.

Wanita itu yang sudah hamil menuruti permintaan teman lelakinya dengan hanya memakai pakaian dalam saja.

Foto: Youtube

Reeflay bagaimanapun tetap merakam kejadian itu secara langsung walaupun menyedari Valentina sudah tidak sedarkan diri.

Akibatnya, wanita itu meninggal dunia serta-merta di rumah sewa itu kerana serangan hipotermia.


Dalam rakaman itu, lelaki itu dilihat mengangkat wanita itu masuk semula ke dalam rumah dan cuba mengejutnya.

"Valya, kenapa dengan awak? Awak masih hidup ke?

"Tiada denyutan...dia pucat. Dia tidak bernafas lagi," kata lelaki itu kepada puluhan pengikutnya yang menyaksikan kejadian itu secara langsung.

Walaupun selepas paramedik mengesahkan kematian wanita itu, lelaki itu masih terus melakukan rakaman.

Difahamkan, video itu berlanjutan selama dua jam selepas kematian wanita itu.

Susulan kejadian, Reeflay ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menerima pembayaran daripada jumlah tontonan video berkenaan.

Berdasarkan laporan media Baza, Reeflay menerima bayaran 1,400 Dolar Kanada (kira-kira RM4,446) kerana melakukan perbuatan itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 7-12-2020 02:57 PM
Mati katak
Quote Kurex 7-12-2020 03:14 PM
Makin gila manusia ni
Quote ninnamina 7-12-2020 03:19 PM
Gila.. demi like dan duit
Quote minah_selekeh 7-12-2020 04:03 PM
Psycho betul! Manusia zaman sekarang tak boleh hadam camne obsesnya diorang dengan likes/ subscribers..
Quote dani-rox 7-12-2020 04:23 PM
Cyka blyat punya jantan
Quote Manjahati 7-12-2020 05:05 PM
Vongok betul
Quote Dovahkiin 7-12-2020 05:13 PM
Blyat....
Quote Cenderakirana9 7-12-2020 05:57 PM
Aduuhh mintak dijauhkan dapat partner yang suka sangat dengan perhatian macam ni
Quote cmf_premierleag 7-12-2020 06:00 PM
ni bangsa leluhur sis @white_musk kan?
motherland russia
Quote white_musk 7-12-2020 06:14 PM
Adalah lebih baik adik Valentina mendatangi ke malaysia daripada berkahwin dengan lelaki tidak berguna itu.
Quote ninja9 7-12-2020 06:24 PM
aku terasa nak tau apa sebab dia buat mcm tu. kalau orang normal, dia buat challenge taklah bodoh sangat sampai bunuh bini sendiri. sepatutnya dah jangka limit... atau memang terlalu bodoh untuk memahami bahaya apa yg dia buat... barangkali kadang-kadang memang benar kata orang,  orang menjadi terlalu berani bila orang itu bodoh
Quote dua_chzy 7-12-2020 07:53 PM
Kalau korang tengok video kat internet, hati lagik panas daripada sekadar membaca berita. Serius takda nilai sesen pun jantan tu.
Quote Kitty_catz 7-12-2020 08:45 PM
SoSIAL influencer .. ini la yg umah2 skang duk puja2

Mmg smorang dah gila..
Quote sukacactus 7-12-2020 09:19 PM
Sicko!
Padan muka skrg hapah pun xdapat sekadar gelaran gila!
Quote pearl.silver 7-12-2020 11:13 PM
Murahnye nyawa pempuan tu.. Rm4k lebih je..
Quote adila39 7-12-2020 11:43 PM
crazynyaaa.. xkan dia x sedih... sigh
Quote husna_amal 8-12-2020 11:02 AM
Harap lepas ni youtube tak payah la bayar youtubers2 ni lagi. Memang ramai batak followers dan subs. Dengan konten merapu dan tak sepatutnya.
Quote nanasno 8-12-2020 11:25 AM
tak padan dengan harga yang di bayar
Quote nanasno 8-12-2020 11:26 AM
dua_chzy replied at 7-12-2020 07:53 PM
Kalau korang tengok video kat internet, hati lagik panas daripada sekadar membaca berita. Serius tak ...

ya ka kat mana tu nak tengok. tapi orang russia ni mmg pelik2 kan. iols tengok documentary pasal diorang amik drugs yang mcm bahaya gila. sampai jadi tak betul. menyusahkan mak bapak. tp bangsa russia ni mmg pelik la.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046471 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top