CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Achey Tiru Tokti, Aktif Berbasikal Untuk IVF

7-12-2020 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9755| Komen: 45

Pelawak Achey memberitahu bahawa isterinya perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dulu sebelum menjalani rawatan kesuburan, persenyawaan in-vitro (IVF).

Justeru, kata Achey, isterinya kini sedang giat bersukan termasuklah aktiviti berbasikal seperti yang dipraktikkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.

Kredit foto: IG
"Untuk buat IVF ini, orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.

"Benda yang dia ikut adalah macam Tokti. Tengok macam mana Tokti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit," katanya kepada Gempak.




Achey ditemui sewaktu pelancaran produk makanan ringan DoryLicious di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menurut Achey lagi, kemungkinan prosedur rawatan tersebut akan dilakukan paling awal pada tahun depan.

Katanya, dia dan isteri akan tetap meneruskan rawatan tersebut biarpun sedia maklum dengan sebarang kemungkinan termasuklah keberangkalian untuk prosedur IVF itu gagal.




"Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan (walau tahu ada kemungkinan boleh gagal). Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.

"Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya 'benda' itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa," katanya.

Sebelum ini, Achey pernah mendedahkan hasrat dirinya bersama isteri untuk menjalani rawatan IVF.



Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.  

Pasangan tersebut mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fuyupoktek 7-12-2020 03:24 PM
Supportive nya achey untong bini dia dpt laki yg membantu
Quote mrsLY 7-12-2020 03:24 PM
alhamdulilah..usaha la selagi terdaya..mana tau ade rezeki nanti
Quote Rogue98 7-12-2020 03:26 PM
Lelaki kalau selalu berbasikal ni bukan boleh jadi mandul ke sebab aku kenal a few guys yg ahli berbasikal ni tapi dah lama kahwin still xde anak.
Quote syakuntala 7-12-2020 04:13 PM
Insya Allah ada rezeki nanti...
Quote matchstick 7-12-2020 04:16 PM
Dh mampu dari segi kewangan teruskan mencuba..tgk pakcik kt indon tu dh 21 tahun kawen baru dpt baby from ivf. Nt dpt baby bahagikan harta siap2 supaya tak berulang kesah ala2 Ali susun
Quote nazzse 7-12-2020 04:21 PM
Rogue98 replied at 7-12-2020 07:26 AM
Lelaki kalau selalu berbasikal ni bukan boleh jadi mandul ke sebab aku kenal a few guys yg ahli berb ...

Nope ya. Dijelaskan sendiri doc pakar dalam MHI haritu.
Pocket rocketman tu elok je ada anak
Quote Suchi 7-12-2020 04:25 PM
Nak beli motor letrik cam achey tu tp bahaya tak eh kalu guna nak hantar ank g sekolah. Risau kena lenyek ngn lori n bas sekolah.
Quote YomiuriLandMae 7-12-2020 09:49 PM
bole je usaha.. once dah melekat esok senang dah utk yg seterusnya.. lagipun mampu kan..
Quote miu84 7-12-2020 09:56 PM
Semoga  berhasil lah IVF nya nanti dan segalanya berjalan dengan lancar. Sedih baca tang "sekurangnya bende tu dah duduk kt dalam (rahim)'. Memamg teringin sangat nak pregnant tu
Quote mawarputih2612 7-12-2020 10:10 PM
moga dipermudahkan.
aku memang respect isteri yg sanggup  ambik ivf ni.
sakit tu.
belom lg sakit bersalin, dah merasa sakit nak buat.
kita ni buat sedap jer.huhuhu
Quote pavlovachoc 7-12-2020 10:26 PM
Semoga dipernudahkan segala urusan
Quote biskut_milo 7-12-2020 11:02 PM
Good husband.
Quote likecandy 7-12-2020 11:09 PM
Semoga dipermudahkan
Bagus Achey ni sgt supportive
Quote depresio 7-12-2020 11:37 PM
Moga dipermudahkan
Quote TerataiMelur02 8-12-2020 12:16 AM
Walaupun achey ni bingit tapi heols suami yang baik, bersih dari gosip skandal sana sini.
Semoga berjaya untuk ivf tapi mana tau lepas badan dah kurus terus lekat.semoga d permudahkan...
Quote rayray28 8-12-2020 12:22 AM
huntunglaaa lakj leh tlg jaga anak meanwhile dia leh kuar naik besikal..mmg best kalau dpt bersukan jap..iols ni lama dh nunggu peluang
Quote chanthik 8-12-2020 12:23 AM
Honestly I ada soft spot dengan couple ni  sebab sedih bila follow diorang
Walaupun I anti pelawak Malaysia dan Achey ni pun boleh tahan bingit, tapi heols sejenis yang sangat baik dan supportive dengan isteri ( as seen in social media,hope in reality pun camtu)

Sedih bila orang share jerih payah nak dapat anak ni Ya Allah bantulah mereka
Quote Cenderakirana9 8-12-2020 01:27 AM
syakuntala replied at 7-12-2020 04:13 PM
Insya Allah ada rezeki nanti...

Moga diorang ni dipermudahkan urusan dan dapat rezeki anak
Quote Cenderakirana9 8-12-2020 01:29 AM
chanthik replied at 8-12-2020 12:23 AM
Honestly I ada soft spot dengan couple ni  sebab sedih bila follow diorang
Walaupun I anti pelawak  ...

Sama la I pun ada soft spot kat diorang. Kalau tak silap dulu pernah nampak diorang keluar tv untuk program apa ntah. Wife dia nampak elok je takde over gedik apa. And nampak loving. Harapnya terus berkasih sayang sampai ke akhir hayat

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039963 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top