Balai cerap Teleskop Suria Yayasan Sains Kebangsaan AS Daniel K. Inouye yang juga merupakan balai cerap suria terbesar di dunia kini telah menyiarkan gambar pertama tompok matahari yang diperolehnya. Untuk makluman, teleskop ini sebenarnya masih lagi dalam fasa pembinaan akhir, namun imej yang ditangkap menjadi petunjuk betapa canggihnya teknologi teleskop ini. Imej ini telah ditangkap pada Januari 2020 dan mempunyai resolusi 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding gambar tompok matahari yang pernah diambil sebelum ini.
Ia juga memperlihatkan butiran struktur tompok matahari yang berada pada permukaan matahari. Walaupun kawasan tompok matahari sebenarnya lebih sejuk berbanding sekelilingnya, ia masih lagi panas pada suhu sekitar 4148°C. Ukuran tompok matahari ini adalah sekitar 16,093km, yang mana mampu memuatkan Bumi di dalamnya. Apa itu tompok matahari? Tompok matahari merupakan salah satu daripada 'aktiviti' yang dilakukan oleh matahari. Lebih banyak tompok matahari pada permukaan, lebih aktif matahari itu, Sumber: Phys/Wiser |
ADVERTISEMENT