CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andai Jumpa Gadis Pilihan Mahu Terus Kahwin Tapi Jodoh Belum Sampai - Zizan Razak

8-12-2020 03:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6804| Komen: 39


Zizan mengaku pernah diperkenalkan ibu seorang wanita pilihan, namun, ditolak kerana bimbang berkahwin tanpa perasaan. Foto IG Zizan Razak



Semua wanita yang dikatakan pernah dikaitkan dengannya sudah berumah tangga, namun, Zizan Razak masih membujang.

Tidak menafikan mahu berkahwin apatah lagi usia sudah menginjak 36 tahun, pelakon filem Polis Evo ini bagaimanapun menganggap jodoh belum sampai.

"Tiada siapa yang tidak mempunyai perasaan mahu berkahwin. Cuma buat masa ini, saya banyak menghabiskan masa dengan perkara yang memberi keuntungan seperti berniaga," katanya kepada BH Online.




Zizan berkata, andai diketemukan dengan gadis pilihan, dia enggan membuang masa menjalin hubungan. Sebaliknya, Zizan mahu terus berkahwin.

"Kalau kata sudah berjumpa keluarga masing-masing dan semuanya okay, saya akan berkahwin tanpa membuang masa.

"Saya tidak mahu membuang masa dengan keluar 'date', beri kata-kata manis dan sebagainya," katanya.

Akui Zizan, dia ada bertemu wanita yang menarik perhatiannya.

"Kadang-kadang saya tengok wanita, timbul perasaan suka. Tetapi untuk mencuba, nanti dahululah sebab takut merosakkan persahabatan.

"Saya takut hubungan tidak jadi, lalu persahabatan hancur. Akhirnya, jadi kawan sahaja," katanya.

Zizan tidak menafikan pernah menyerahkan soal jodoh kepada keluarganya.

"Emak pernah beritahu suka seorang gadis. Saya cuba berkenalan tetapi kemudian saya berfikir, kalau berkahwin tanpa perasaan, bagaimana?

"Saya sudah hidup 36 tahun. Andai saya mahu memperjudikan kehidupan saya kepada orang yang saya tidak cinta, risau juga," katanya.

Justeru, Zizan memohon peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya, sama dengan perniagaan yang diusahakan sekarang.


Zizan sibuk menguruskan perniagaan jualan snek yang baru diusahakannya bersama rakan kongsi, Nabil Ahmad dan Achey.


Zizan berharap perniagaan baharu yang diceburi, iaitu snek jenama Dorylicious dapat membantu orang ramai yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Sekarang saya mahu bantu orang berniaga. Siapa yang mahu cari duit lebih dan hilang pekerjaan, boleh menjadi agen Dorylicious.

Zizan menghadiri majlis pelancaran perasa baharu Dorylicious bersama rakan kongsi, Nabil Ahmad dan Achey serta pengasas, Mohd Faizal Aminuddin di Ibu Pejabat Dorylicious, Batu Caves, Sabtu lalu.



Sumber : BH Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 8-12-2020 03:58 AM
Zulin versi lelaki
Quote bedahmenjuyah 8-12-2020 05:18 AM
Whatever.            
Quote mijot 8-12-2020 05:28 AM
memilih nak yg campuran jer..
Quote LadyCarefree 8-12-2020 07:53 AM
Cari orang tua lah zizan. Senang tak banyak drama.
Quote airmineral 8-12-2020 07:55 AM
xnak kawen dgn FL ke
Quote LadyCarefree 8-12-2020 08:02 AM
Edited by LadyCarefree at 8-12-2020 07:06 AM

Just nak kongsi kot ada yg suka makan this so called ilan Dory. It's everywhere sebab murah gila namatey. Lol. Dory yg kononnya Dory ni semua jangan korang fikir sama dengan Dory dalam cerita Finding Nemo ya. Dory fillet la kulit lah apa semua yg ada kat msia ni semua datang dari Vietnam ikan sungai je pun kat delta mekong dan diternak. Ewwww kotor geli sebenarnya. Taik pun dia makan. Diorang bagi nama Dory je. Nasib baik when I first tasted it years ago, my tastebud rejected it sebab rasa dia pelik. Mungkin sebab iols xmakan ikan air tawar. And then rasa curious macam eh senangnya tangkap bebanyak ikan Dory (thinking dory biru finding nemo tu). Maka iols pun cari info pasal Dory fillet ni. Boleh Google asian Dory punya the truth behind it. And also, semua Dory yg dijual are in fillet form. Lololll ikannya hodoh and kalau jual ikan sekor sekor, habislah perception nama Dory tu.

"Dory fish are Vietnam catfish called Pangasius and are exported from Vietnam."
Quote Belibis 8-12-2020 08:46 AM
LadyCarefree:    Edited by LadyCarefree at 8-12-2020 07:06 AM  Just nak kongsi kot ada yg suka makan this so called ilan Dory. It's everywhere sebab murah gila namat ...

Tak pernah rasa nak makan,seb baik ang bagitau.kalau asal dari vietnam memang mengerikan.ada pernah tengok gambar dia orang proses ular untuk jadikan makanan.
Quote nuril86 8-12-2020 09:15 AM
LadyCarefree replied at 8-12-2020 12:02 AM
Just nak kongsi kot ada yg suka makan this so called ilan Dory. It's everywhere sebab murah gila nam ...

alamakk.. kembang plak tekak ni biler dgr ikan tu dr vietnam.. syukurlaa xpenah terniat dihati nak rase..
Quote husna_amal 8-12-2020 09:58 AM
Cari janda je lah jan.
Quote kirana_22 8-12-2020 10:31 AM
Abang JiJang kena rendahkan sedikit taste setinggi gunung tu. Inshaallah ramai jah calon
Quote LadyCarefree 8-12-2020 10:41 AM
nuril86 replied at 8-12-2020 08:15 AM
alamakk.. kembang plak tekak ni biler dgr ikan tu dr vietnam.. syukurlaa xpenah terniat dihati nak ...

Pi lah tengok YouTube banyak ada expose pasal the real truth about Dory. Hehehehe pikiaq logic pon apsal ikan ni berlambak dan murah namatey mesti dah cuak nak cari info.
Quote LadyCarefree 8-12-2020 10:43 AM
Belibis replied at 8-12-2020 07:46 AM
Tak pernah rasa nak makan,seb baik ang bagitau.kalau asal dari vietnam memang mengerikan.ada perna ...

Kalau kt msia ni iols memang xmakan la segala fishball fishcake bagai unless yakin it is 100% ikan parang or tenggiri. Sebab semuanya dibuat dari ikan mayong which is really not an ikan tapi spesis belut. Siapa makan belut oklah kot. iols xmakan belut.
Quote dudaberhias 8-12-2020 10:50 AM
elok lah kahwin sebab dah senja dah pun... muka pun dah macam atok2 5 orang cucu dah... nak tahan sampai bila lagi... nanti ada anak tak pasal2 orang ingat cicit pulak...
Quote annadonna 8-12-2020 10:50 AM
Tapi dlm dunia ni apa je binatang yang tak makan benda kotor
Quote YomiuriLandMae 8-12-2020 11:22 AM
vavi kan wartawan ni x abes2 tanya soalan klise yg sama berulang2 kali.. bila nak kawen? bila nak ada anak? dah ada pasangan hidup? pastu reputs cari sangkak pi cedok bulat2..
Quote tagas 8-12-2020 11:34 AM
LadyCarefree replied at 8-12-2020 07:53 AM
Cari orang tua lah zizan. Senang tak banyak drama.

kann

ko nak yg urban bagai wat sakit kpale

sedar diri sket ko tu kampong


Quote LadyCarefree 8-12-2020 11:50 AM
tagas replied at 8-12-2020 10:34 AM
kann

ko nak yg urban bagai wat sakit kpale

Yg muda pon banyak drama. Retis pon leceh. Kahwin makcik yg janda yg dah xdrama hidupnya.
Quote bottombikini 8-12-2020 12:25 PM
aritu bukan ke kata dah ada calon orang senegeri?
Quote tagas 8-12-2020 12:36 PM
Edited by tagas at 8-12-2020 12:40 PM
bottombikini replied at 8-12-2020 12:25 PM
aritu bukan ke kata dah ada calon orang senegeri?


jenis acah acah

tak serius

blum ready nak commit

nak yg stok urban jer

tak minat yg stok desa

tak sedar diri tu kampong

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045629 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top