CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lariskan Produk, Suami Isteri Ditahan Bakar Wang Kertas 'Live' Di FB

8-12-2020 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3231| Komen: 10

Padah membakar wang kertas secara siaran langsung di Facebook (FB), pasangan suami isteri di Myanmar ditahan pihak berkuasa.

Pasangan menjual barangan mewah itu kini disiasat dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara dua tahun.



Kredit foto: Coconuts.co

Portal Coconuts.co melaporkan, pasangan terbabit disiasat kerana menggunakan pemetik api bagi membakar not kertas 5,000 Kyat (RM15) dalam siaran video yang tersebar dengan cepat di negara itu.

Pegawai polis di Balai Polis Bandar Thingangyun mengesahkan, siasatan lanjut dilakukan.

"Berdasarkan keterangan suspek lelaki, mereka membuat satu upacara untuk melariskan produk jualan mereka.

"Upacara itu kononnya disyorkan tukang tilik mereka," katanya.

Katanya, pasangan itu yang menetap di Lay Daung Kan Ward di sini, akan didakwa mengikut akta kewangan negara berkenaan yang membawa hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan.



Loading FB Post...

Dalam video tular itu, Mya Phue Thwe yang berpakaian baju tanpa lengan cetakan harimau bintang menyaksikan suaminya yang bercermin mata gelap tanpa pakaian menyalakan pemetik api membakar wang itu di dalam piring kaca.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 8-12-2020 11:55 AM
La itu duit dia, lantak dia la nak bakar duit ke apa.
Quote zarulnazmi 8-12-2020 12:10 PM
Habis tu orang bakar duit untuk orang mati ok je tak kena tangkap.
Quote husna_amal 8-12-2020 12:44 PM
Mungkin dengan duit juga terlepas dari hukuman.
Quote nuryakmal 8-12-2020 01:19 PM
few nations mmg make it illegal to mutilate, burn or destroy their national currencies. macam singapore, thailand, us.

malaysia rasa takde kot. tak sure.
Quote Redmyvi 8-12-2020 02:28 PM
Undang2 lain negara berbeza..

Kalau aku dari bakar duit tu, pi beli makan syok lg..
Quote Steelheart 8-12-2020 02:28 PM
time kelapa sawit tengah mahal dulu2, org feldas selamba badak cucuh rokok guna duit kertas
Quote HuoJingJue 8-12-2020 02:32 PM
bakar mercun pun serupa bakar duit..takder kena tangkap
Quote Rara77 8-12-2020 06:03 PM
15 ringgit je nk kecoh
bukan 15 juta
yang penting bukan duit orang lain
Quote Lagubestbest 8-12-2020 08:01 PM
Ibarat macam kek potong 8. Buang sepotong, berat kek takkan sama dah. Tu la sistem ekonomi wang, tak sepatutnya dilenyapkan walhal singgit sekalipun.
Quote borrow 8-12-2020 08:23 PM
sila saman tukang tilik tu Mcm kesian plak if kena jail 2 thn.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.030856 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top