|
Orang ramai disarankan menangguhkan rancangan pulang ke kampung atau berkumpul bersama ahli keluarga sehingga kes COVID-19 reda ke angka yang lebih rendah.
Kesihatan Awam Malaysia dalam satu hantaran di laman sosial Facebook menjelaskan, jika ingin pulang ke kampung, individu disarankan bergilir-gilir (tidak serentak) dengan adik-beradik lain untuk pulang. Selain itu, individu yang tidak sihat, disaran membatalkan perjalanan pulang ke kampung, manakala mereka yang ada berhubung dengan individu positif, pertimbangkan untuk tidak pulang ke kampung dalam tempoh sehingga dua minggu. "Walaupun kebenaran merentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, elakkan sebarang kenduri-kendara, perjumpaan besar bersama keluarga, majlis hari jadi, tahlil, majlis sosial dan sebagainya.
"Sebolehnya bincang tarikh yang sesuai," menurut hantaran di Faceboook itu. -CARI Sumber: Berita Harian |


semoga selamat la.


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.495175 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.