CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akaun FB Guna Gambar Noraniza Idris Cetus Sensitiviti, Michael Ang Sentap?

8-12-2020 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12124| Komen: 66

Pengarah dan pelakon Michael Ang tersinggung dengan tindakan sebuah akaun Facebook yang menggunakan gambar bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Noraniza Idris yang menulis kenyataan berbaur rasis baru-baru ini.


Pemilik akaun Akar Kita Zapin meluahkan hasrat untuk bersemuka dengan Micheal yang sebelum itu lantang bersuara mengkritik persembahan Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani sepanjang GV7 terutamanya ketika konsert separuh akhir Ahad lalu.

"Michael Ang... Ada hajat besar aku nak berdepan dengan dia lepas GV ni, tunggu lepas GV tamat minggu depan. Aku tak sabar nak confront dengan mualaf ni," tulis pengendali akaun itu.


Kredit foto: Via Gempak


Michael terdahulu menciap beberapa Tweet yang tidak berpuas hati dengan kualiti persembahan dan menyifatkan nyanyian Kak Ani 'membunuh' lagu Hindustan.


"OMG my favourite Hindustan songs dibunuh dengan kejam oleh Noraniza! Kenapalah nak pergi nyanyi Hindustan! Pertama kali dengar lagu Hindustan dengan suara sengau!

"Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring," tulisnya.

Kredit foto: Via Gempak

Susulan kenyataan Facebook terbabit termasuk ada pengguna lain yang menganggap Michael memeluk Islam untuk populariti dan glamor, jawab pengarah popular itu perihal mualaf adalah isu sensitif.

"Tak tahu la akaun apa ni.


Anyway nak kutuk drama aku ke apa ke go ahead! I terima aje sebab I sendiri yang gatal nak direct dan produce dan bagi you all tengok! 

"So to me you all ada hal nak cakap apa apa pun pasal drama I! I terima semua! 

"Tapi benda pasal I mualaf ni, hish hish nampak sangat kebodohan you, satu Malaysia tahu bila I memeluk agama Islam tak siapa pun tahu, I yang nak sembunyikan! 

"Kalau tak sebab kantoi sampai hari ni pun you all takkan tahu I dah beragama Islam!

So I memeluk agama Islam untuk popular?

"Kepada penulis dan pemilik akaun, posting ni orang yang beragama Islam macam kau ni la yang membuat orang luar sana takut dengan Islam! 

"Jadi fikir-fikirkanlah apa yang you dah cakap dan tulis! Honestly I feel sad for u for someone who is born a Muslim! Anyway to the rest of you, love you and stay safe! Oh yes lupa nak cakap aku maafkan kau!" katanya.

Kredit foto: Via Gempak

Dalam pada itu, menerusi ruangan Twitter peribadi Michael, pesannya agar artis yang masuk bertanding perlu memperkuatkan mental untuk dikritik.

"Kalau nak masuk reality show dan tak sanggup kena komen jangan masuk.

"Dah nak masuk sangat terima sajalah kritikan. 

"Orang kata drama aku sampah pun aku terima je. Apa nak ugut-ugut kalau GV tu boleh ada penonton sah-sah aku ada kat sana dan I will tweet the same thing," tambahnya.

Kredit foto: IG

Sementara itu, entri Michael mendapat perhatian rakan selebriti yang turut kesal dengan perbuatan dan tulisan terbabit.

"Allah.. Islam is all about peace but what is this? Anyways kita abaikan la racist macam ni, memalukan betul," kata Hun Haqeem.

"Racism has no place in Islam. Don’t pay them any attention Mike," kata Alif Satar. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 8-12-2020 12:00 PM
Isu ni, iols sokong Mike. Biar jujur
Quote Itzy 8-12-2020 12:01 PM
Ingat michael dah insaf lepas masuk islam. Rugi la diri dah suci bersih dari dosa tapi dok cetus kontroversi. Rilex michael, you tak perlu pun dengar lagu2 si noraniza nyanyi. You boleh tutup tv lepas tu buka balik. Apa tujuan yiu masuk islam? Supaya tak ada yang kutuk you macam2 lepas you masuk gosip kutuk sana sini?? Giteww?? Sudah2 la michael baik you belajar baca surah dalam bahasa arab. Jangan rajin nak kritik saja nanti orang kritik you tak pandai baca surah al fatihah, you tahu marah pulak hahahha
Quote salmon-suki 8-12-2020 12:07 PM
"Allah.. Islam is all about peace but what is this? Anyways kita abaikan la racist macam ni, memalukan betul," kata Hun Haqeem."

Ai still kenot letgo y dia ada bebed beterbangan{:cryrun
Quote Normabaru 8-12-2020 12:14 PM
Andropos dgn menopos bergaduh gasakla korg. Heheheh
Quote laksmanabentan 8-12-2020 12:17 PM
ishhh... nak komen, komen ler...
tapi takyah ler komen pasal agama..
jaga sensitiviti masing2 kan.....

mmg suara penyanyi tu sedap sgt ker weeiii
sampai tak boleh dikomen...
hahahhaa....
Quote Kurex 8-12-2020 12:20 PM
salmon-suki replied at 8-12-2020 12:07 PM
"Allah.. Islam is all about peace but what is this? Anyways kita abaikan la racist macam ni, memaluk ...

Apa salahnya bebed berterbangan.....
Quote salmon-suki 8-12-2020 12:21 PM
Kurex replied at 8-12-2020 12:20 PM
Apa salahnya bebed berterbangan.....

Amboihhhh kurex...ai minat tgk dia. Rambut dia hensem.. hihihi~

Tp sejak bebed fly high tuh,ai xleh tgk dia da..sedihhhhhhhh~
Quote AshKetchum 8-12-2020 12:46 PM
nek enjut tau dok lahirnya gv ni idea asal mummy yach? motip sangat nak cari gaduh dengan heshe? kemain dulu kecik hati bagai masa bidah kata gv untuk retis sendu join hujung2 hadap jua masuk jadi peserta?

Quote adelea 8-12-2020 12:51 PM
suRa ka ani meme dok sedak ... realiti ...
dulu sampei lo ni
dok sedak lgsg
Quote husna_amal 8-12-2020 12:55 PM
Kita berani bagi komen kecaman kena berani hadap lah komen kecaman balik.
Quote AshkieLa 8-12-2020 01:00 PM
nak kutuk keislaman Mike.. yang dah pasti bukan sejak lahir Islam nya.
yang lahir2.. dan kahwin plak dgn bilal katanya tapi still ketat2, gelek2, kat luar pun tak tutup dada..
ape citer?
#donebackup
Quote Redmyvi 8-12-2020 01:15 PM
Mcm budak2 plak aku tgk duk bergaduh kt socmed...
Quote MadameOnion 8-12-2020 01:35 PM
mak hayam maikel komen pasal gv je...yang zapin ni dok apek apek apek mualaf mualaf mualaf dah kenapa? gila babi...acah2 nak jumpa lepas gv..puihhh...aku team mak hayam maikel ang la walaupun aku kekadang menyampah dgn maikel
Quote MadameOnion 8-12-2020 01:36 PM
AshkieLa replied at 8-12-2020 01:00 PM
nak kutuk keislaman Mike.. yang dah pasti bukan sejak lahir Islam nya.
yang lahir2.. dan kahwin pla ...

baju last week tu sesuai sangat utk seorang bini bilal...tajam, mantap, cekang
Quote YomiuriLandMae 8-12-2020 01:48 PM
AshKetchum replied at 8-12-2020 12:46 PM
nek enjut tau dok lahirnya gv ni idea asal mummy yach? motip sangat nak cari gaduh dengan heshe? kem ...

wlpon iols meluat dgn dsv ni tp mmg btol pun ckp dia itu la tujuan gv ni diadakan.. nak up kan balik retis2 yg sendu dah sejuk beku.. nek enjut ludah pastu jilat balik..
Quote SiMontel 8-12-2020 01:49 PM
AshKetchum replied at 8-12-2020 12:46 PM
nek enjut tau dok lahirnya gv ni idea asal mummy yach? motip sangat nak cari gaduh dengan heshe? kem ...

aikkk dia gak mengata pasal GV..tahun 2018....la ni tahun 2020 dia masuk jugak walaupun nampak tak layak langsung hahahhaa
Quote annadonna 8-12-2020 01:52 PM
Dua dua di ambang pra menopos kan. Eloklah gaduh.
Quote hatikudus 8-12-2020 01:54 PM
Aku nyampah jugak...tapi koser nak komen kat mana2...
Quote cha-cha 8-12-2020 02:21 PM
Seriuslah norniza idris post macam tu?
Persis rempit tanjung sepat.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057623 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top