CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berlakon Jadi Perempuan Lain Lepas Disuruh Suami Carikan Jodoh Untuk Rakan

8-12-2020 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4867| Komen: 20

Wanita diminta suaminya mencarikan teman wanita untuk rakan baiknya sebaliknya berlaku curang dengan lelaki terbabit di Shanghai, China.

Dia berpura-pura menjadi wanita lain dan menjalin hubungan dengan rakan suaminya, malah pernah melakukan hubungan intim dengannya, lapor TribunNews.


Wang Hua yang sudah lama berkawan baik dengan Liu Jun risaukan rakannya itu yang masih belum berkahwin. Justeru, dia meminta bantuan isterinya, Fang Chengjuan, 28, mencarikan teman wanita untuk Liu walaupun lelaki berusia lingkungan 30-an itu memiliki segalanya untuk menarik perhatian wanita.


Kredit foto: TribunNews

Chengjuan kemudian memaklumkan dia memiliki rakan sekerja, Yang Yifan untuk diperkenalkan kepada Liu menerusi telefon.

Selepas sebulan berhubung menerusi telefon dan laman sosial, Liu mengajak 'Yifan' untuk bertemu, namun wanita itu acap kali menolak ajakannya sehingga mereka sering bertengkar. Pada suatu hari, Yifan tiba-tiba menghubungi Liu dan mengajaknya bertemu di hotel.


Bagaimanapun, Yifan meminta Liu supaya mereka melakukan hubungan intim di dalam gelap. Sejak itu, hubungan mereka semakin intim dan Liu sering memberikan Yifan hadiah mahal serta wang kepadanya.

Hanya dalam masa enam bulan, lelaki itu telah membuat transaksi sebanyak 120,000 yuan (RM74,857) kepada Yifan sebelum mereka bersetuju untuk bertemu ibu bapa Liu.

Selepas menanggalkan pelitup muka, ibu bapanya terkejut apabila melihat wajah Yifan seiras isteri Wang, namun wanita dengan tenang menjawab memang kebanyakan kenalan mereka di pejabat mengatakan wajahnya seiras Chengjuan.

Ibu bapa Liu tertarik dengan perwatakan wanita itu teruja berbincang soal kahwin dan mahu mengunjungi rumahnya, namun Chengjuan mengelak.

Situasi itu mencetuskan kemarahan Liu yang kemudian meminta mereka memutuskan hubungan, namun dia terkejut apabila Chengjuan dengan mudah bersetuju.

Teringat kata-kata ibu bapanya mengenai wajah wanita itu seiras wajah isteri sahabatnya, Liu menghubungi Wang dan meminta gambar isterinya.

Menyedari dirinya ditipu, Liu membuat laporan polis dan Chengjuan mengakui kesalahannya. Katanya, dia melakukannya kerana ingin membalas dendam terhadap suaminya yang kantoi berlaku curang.

Berikutan kejadian, Chengjuan ditahan dan dihukum atas kesalahan melakukan penipuan. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-12-2020 06:34 PM
buat drama je lah baru faham
Quote Skuau 8-12-2020 07:08 PM
makanya teori dgn pompuan 9 nafsu tu benar belaka???????
Quote makneng 8-12-2020 07:29 PM
Dah sinetron yindon hahaha.. Kantoi bodoh je.
Quote lattehazelnut 8-12-2020 08:20 PM
Direct translation ke.. pening nak paham ayat nya..
Quote buapakperut 8-12-2020 08:34 PM
pwning iols baca tajuk nya.. haha
Quote borrow 8-12-2020 08:36 PM
Agaknya tamo cerai tp rasa tak fair. Tido dgn bff shuben. Puas hati.
Quote b_n_c 8-12-2020 08:48 PM
hahahahahahaha...

kelakar gila cerita ni.
Quote cikkilata 8-12-2020 09:23 PM
Drama sgt ni... {:childlike
Quote kemaruk 8-12-2020 09:26 PM
Apa punya bodoh la tak pernah tengok muka
Quote sukacactus 8-12-2020 09:34 PM
Kiranya share bini kawan sdr la kan
Quote printercomel 8-12-2020 10:02 PM
Jumpa dalam bilik hotel isteri orang suami orang. Ok ini macam cerita dalam forum.
Quote Itzy 8-12-2020 10:51 PM
Perghh ni mesti tiru drama korea yang tajuk the world of married tu yang mana heroin tu suami dia curang dengan perempuan muda pastu dia sakit hati dia pi tidur dengan kawan suami dia yang playboy jugak tu sebab nak bagi suami dia sakit hati dan rasa seperti apa dia rasa.
Quote Itzy 8-12-2020 10:54 PM
Elok perempuan tu cerai dengan suami dia dan kawin dengan lelaki tu sebab sama2 belen. Tapi mak pak dia mesti tak boleh terima kalau dia janda ada anak. Hmm susah juga ni.
Quote Guccibamboo 8-12-2020 11:20 PM
Cite tahap drama korea ni
Quote darkness 8-12-2020 11:35 PM
Elok didrama kan aja kesah ni. Mudah iols paham
Quote ffbeauties 9-12-2020 12:44 AM
Skuau replied at 8-12-2020 07:08 PM
makanya teori dgn pompuan 9 nafsu tu benar belaka???????

Ye betul.
Satu kes perempuan curang vs berjuta kes lelaki curang dan merogol equal to perempuan ada 9 nafsu.
Quote husna_amal 9-12-2020 09:56 AM
Padan lah sama2 pencurang jadinya. Patut awal2 cerai je tak payah susah2 sakitkan hati macam ni.
Quote awanysss 9-12-2020 10:18 AM
senang nye kena tipu hahahahha
tak stalk fb ke ig ke...
Quote zarulnazmi 9-12-2020 10:36 AM
Kau nak balas dendam pada suami tapi kau boleh tipu lelaki lain.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.079558 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top