Gembira bukan kepalang! Itu dirasakan bakal ibu yang mengidam air tangan Khairul Aming apabila hajatnya ditunaikan personaliti media sosial berkenaan. Khairul menerusi perkongsiannya di Instagram dan Twitter memuat naik video sedang memasak beberapa hidangan untuk wanita itu.
Dia juga kemudian bertemu dengan pasangan terbabit untuk menyerahkan sendiri makanan tersebut. Kelihatan bersemangat dan puas hati apabila ibu hamil itu dapat makan hasil tangan Khairul Aming. Sebelum itu, seorang lelaki dikenali sebagai Ashraf berkongsi kegelisahannya apabila isteri tercinta mengidam masakan Khairul. "Alhamdulillah hajat dah disampaikan. Selamat menjamu selera Ashraf dan isteri!" ciapnya bersama video pertemuan mereka.
|
Kurex: Yelah yelahhhhhhhhhh
minahmanja replied at 9-12-2020 12:44 PM
org ngidam ni kalau tk dpt mmg akn rasa mcm frust nk mati ke.. #soalanserius
minahmanja: org ngidam ni kalau tk dpt mmg akn rasa mcm frust nk mati ke.. #soalanserius
NekNgah: Ngah yang pernah mengadung berkali-kali pun nak tahu perasaan sebenar orang mengidam.Ngah pernahlah teringin sesuatu masa mengandung tapi tak adalah s ...
pxlbb replied at 9-12-2020 01:35 PM
Ntah la sepanjang mengandung takde pula mengidam teruk mcm yang digembar gemburkan. Watlek watpis ...
ADVERTISEMENT