|
Selepas kejayaan single Sakit dan Yang Terindah yang mencatatkan jumlah tontonan tinggi di YouTube, pelawak, Achey bersyukur kehadirannya sebagai penyanyi diterima ramai.
Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah memberitahu, dia juga tidak berdepan masalah dalam kutipan royalti sejak bergelar penyanyi. Katanya, syarikat rakaman, Seventeen Eleven Music Sdn Bhd melaksanakan tanggungjawab dengan baik termasuk dalam soal agihan royalti. "Alhamdulillah, agihan royalti saya okay dan tidak ada masalah. Saya tidak tahu nama saya didaftar di bawah badan pelesenan mana satu. Semuanya diuruskan syarikat rakaman. Saya menyerahkan hal berkaitan royalti diuruskan mereka kerana lebih tersusun," katanya.
Tambah Achey, syarikat rakaman ada memberitahu dia boleh mendapat agihan royalti daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad. Mengakui bersyukur dengan layanan dan tawaran baik yang diberikan syarikat rakaman, Achey tidak menyangka Seventeen Eleven Music antara yang yakin dengan kemampuan dirinya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.164281 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.