CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buli Siber Bakal Diklasifikasikan Sebagai Jenayah?

9-12-2020 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2492| Komen: 9

Soal selidik berkaitan buli siber yang dijalankan Universiti Multimedia (MMU) sejak Julai lalu mendapati 89 peratus pengamal undang-undang mahu buli siber dikategorikan sebagai kesalahan jenayah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.


Berdasarkan survei membabitkan 409 responden itu, 74 peratus pengamal undang-undang menyatakan keperluan diwujudkan satu mahkamah khas berkaitan buli siber manakala 71.6 peratus lagi mahu akta buli siber diwujudkan, katanya.


Gambar hiasan

Dalam pada itu, 89.3 peratus responden (orang awam) berpendapat terdapat keperluan untuk mewujudkan akta baharu yang khas untuk buli siber, katanya.

"Dapatan ini sangat mustahak kerana kita mahu lihat apa perasaan masyarakat dan pengamal undang-undang berkenaan buli siber ini… buli siber ini perkara serius," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan cadangan Akta Antibuli Siber di kementeriannya di sini, hari ini.


Pada 3 Julai lalu, Saifuddin berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melantik MMU untuk menjalankan penyelidikan berkaitan undang-undang antibuli siber susulan peningkatan kes buli siber di Malaysia hingga mengakibatkan kes bunuh diri.

Saifuddin berkata, MMU diminta untuk menyediakan laporan lengkap hasil penyelidikan yang dibuat mengenai buli siber itu, yang dijangka siap 31 Januari tahun depan.

"Angka survei yang ada ketika ini adalah 'data mentah'. Kita harap laporan yang penuh dan lengkap dapat disiapkan dan apabila ia siap, kita lihat langkah seterusnya sama ada buat dasar atau perlu ada pindaan undang-undang baharu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan undang-undang baharu mengenai buli siber kerana setiap perkara perlu dilakukan dengan teliti.

"Kalau ingin jadikan buli siber sebagai satu jenayah, kita kena lihat kedudukan akta-akta perundangan sedia ada…mungkin ada undang-undang yang sudah wujud mengenai perkara ini dibawa Kanun Keseksaan.

"Kita juga perlu lihat adakah undang-undang sedia ada mencukupi dan jika tidak cukup, kita akan buat keputusan sama ada perlu wujudkan akta baharu untuk buli siber ini," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 9-12-2020 01:04 PM
Kalau jenayah hari2 ali puteh report polis.. xyah meroyan taip panjang2..
Sajat pun comment dia dasyat.. tp dia buat xtaw je.. i pun xtaw la dia baca ke x..
Quote zarulnazmi 9-12-2020 01:33 PM
Harap sangat memandu dalam keadaan mabuk dan langgar orang sampai mati dapat diklasifikasikan sebagai membunuh.
Quote Artemesiaa 9-12-2020 01:59 PM
Elok kalau diadakan sebab makin ramai dah jadi mangsa buli siber zaman sekarang ni
Quote abcdotcom 9-12-2020 03:32 PM
Screenshot_2020-12-09-15-31-56-70.jpg Glemer Cari.Com
Quote abcdotcom 9-12-2020 03:34 PM
Screenshot_2020-12-09-15-33-42-11.jpg Jawablah !
Quote kimsa-ra 9-12-2020 03:52 PM
abcdotcom replied at 9-12-2020 03:32 PM
Glemer Cari.Com

Dulu forumer angkut laptop ke balai. Skrg semua hp dh berjahit ditgn.
Quote annehuda 9-12-2020 03:53 PM
aku setuju je kalau buli cyber ni diklasifikasikan sbg jenayah. kalau tgk kt socmed skrang yg sebar berita palsu, kaki viral benda tak betul, manipulate headline as a clickbait. tu blum lg netizen yg baca tajuk je pastu kecam mcm2.

plg memalukan yg netizen malaysia ni ramai2 pegi serang ig dua lipa sebab dua lipa tu panggil ayah die babi sedangkan babi tu dlm bahasa die maksudnye ayah
Quote abcdotcom 9-12-2020 03:59 PM
Screenshot_2020-12-09-15-57-43-91.jpg
annehuda replied at 9-12-2020 03:53 PM
aku setuju je kalau buli cyber ni diklasifikasikan sbg jenayah. kalau tgk kt socmed skrang yg sebar  ...


Sama je mod smod Gila tolak kredit sebab tulis anjing .Ramai je tulis Melayu campur English campur Mandarin cam Aku ni .X paham Bahasa ? Ada mod tu tulis dialek Sabah Sarawak Dalam C.I .Tok Rasa?
Quote husna_amal 10-12-2020 11:09 AM
Fake akaun banyak, boleh trace ke?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.137825 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top