Pernah berlakon menerusi filem berjudul Ophilia yang turut menampilkan Pekin Ibrahim dan Que Haidar pada 2014, usahawan kosmetik Nur Sajat menyuarakan hasratnya untuk kembali dalam dunia lakonan.
Menurut Sajat, dia merasakan ini masa sesuai untuk kembali berlakon selepas enam tahun. Jika diberi peluang, dia mahu membawa watak komedi pula. “Mungkin ramai tak tahu sebelum ini saya pernah terbabit filem Ophilia. Pengalaman tersebut antara kenangan manis, cuma ketika itu saya sibuk dengan komitmen lain termasuk perniagaan yang baru saja berjalan. “Jadi, selepas lebih enam tahun rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke lokasi penggambaran. Kalau boleh mungkin selepas ini nak cuba watak komedi pula. “Tak mahulah terlalu memilih. Yang penting kalau ada tawaran yang sesuai, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik. Siapa tahu boleh meletop nanti kan?” katanya. Sumber: RotiKaya
|
dudaberhias: satu filem dan satu drama je pun ko pernah berlakon...kan duit banyak buat je la produksi sendiri...tajuk filem: nyah dialog: nyahpelakon: nyahsemua n ...
slyfynx replied at 9-12-2020 05:31 PM
Leh la.
Berlakon dokumentari.
Haiwan2 terbiar ke.
scrocth replied at 10-12-2020 01:07 AM
Heshe kan pnh cameo blakon jd GADIS yg nak diinterview utk jd awek FA dlm coffee prince. Tp bbrp s ...
ADVERTISEMENT