CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Bina Badan Kahwini Patung S*ks Silikon

9-12-2020 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2463| Komen: 6

Seorang ahli bina badan Kazakhstan merealisasikan cita-citanya untuk menikahi patung seks silikon dalam satu majlis perkahwinan berlangsung penuh romantik dan unik.

Sebelum ini, hasrat Yuri Tolochko tertangguh bagi melangsungkan perkahwinan itu dengan patung yang diberi nama 'Margo' itu, disebabkan pandemik Covid-19.

Mirror melaporkan, Yuri Tolochko menggunakan media sosial untuk berkongsi video dan gambar hari bersejarah itu, dengan 'pengantin perempuan' mengenakan gaun renda putih, manakala dirinya memakai tuksedo hitam.


Foto: Agensi

Pasangan itu turut menggunakan jurugambar profesional sebelum meraikan perkahwinan mereka dengan minuman dan tarian.

Tolochko yang dikenali sebagai panseksual dan menggambarkan dirinya antara lain sebagai atlet dan blogger menerusi Instagram.

Lelaki itu mendakwa 'menjalin hubungan' dengan Margo selama dua tahun.

Media sebelum ini melaporkan Tolochko melamar Margo pada Disember 2019 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu.

Tetapi impian gila lelaki berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Dia dilaporkan menangguhkan majlisnya sekali lagi selepas diserang ketika menyertai satu demonstrasi disertai golongan transgender di negaranya.

Dalam pada itu, minat pelik lelaki ini membuatkannya membuka satu akaun khas di media sosial untuk 'Margo' bagi memaparkan perjalanan 'kisah cinta' mereka.

Lebih menghairankan, lelaki itu sanggup menghantar 'teman wanitanya' itu bagi menjalani pembedahan plastik selepas berita mengenai 'percintaan mereka' dilaporkan secara meluas di media. -CARI


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xim 9-12-2020 03:36 PM
Eh ni bkn wrtwn CARI dah bukak jugak ke?
Quote mamajawie 9-12-2020 04:17 PM
berhentikan je la reputs cari ni..buang karan je benang da ada pun dibuat lagi..
Quote husna_amal 10-12-2020 12:00 PM
Lantakkan je. Biar dia dengan patung tu. Jangan orang lain jadi mangsa nafsu pelik2 dia ni sudahla.
Quote HuoJingJue 10-12-2020 12:23 PM
dia terlepas 1 nikmat, mendengar bini membebel..hehe
Quote Nahnukutu 10-12-2020 12:48 PM
Thead Closed!

Boleh bincang di sini ya...

https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1

siapa2 yang reply selepas ini akan dibanhammer

Quote RatuDunia94 10-12-2020 12:49 PM
HuoJingJue: dia terlepas 1 nikmat, mendengar bini membebel..hehe



Ingatkan nikmat dengar bini mengerang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.198706 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top