Enam individu meninggal dunia dalam fasa terakhir ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech.
Ia didedahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) beberapa jam sebelum United Kingdom (UK) menjadi negara pertama yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan. Bagaimanapun, kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama. Dalam laporan setebal 53 muka surat yang dikeluarkan pada Rabu itu, vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan Covid-19. Menurut laporan sama, dua individu yang menerima vaksin itu ketika tempoh percubaan, meninggal dunia, manakala empat lagi meninggal dunia ketika peringkat plasebo. Selain itu, ia menunjukkan bahawa vaksin berkenaan mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus, sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua. Data juga menunjukkan bahawa vaksin itu berkesan pada tahap 52 peratus selepas dos pertama. Laporan itu merumuskan keberkesanan data memenuhi jangkaan FDA bagi kebenaran kegunaan kecemasan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
stingerclaw replied at 9-12-2020 04:29 PM
Tengok lepas berita ini, bung mukhtar kenabatangan mahu terus mengoffer diri to be the first one be ...
highcastle replied at 9-12-2020 04:42 PM
Kalau dia berani mmg den tabik spring kat dia.......... Di sini kita boleh tengok mana dia ahli po ...
stingerclaw replied at 9-12-2020 04:44 PM
Halkom termasuk aku rasa bila dia baca perkembangan terkini ...kahkahkahkah...
Gilos dok mau ...
highcastle replied at 9-12-2020 04:51 PM
Tapi kalau dia berani amik mmg aku tabik ler....... Kurang2 dia dah buktikan bukan ckp kosong..... ...
nazzse replied at 9-12-2020 04:57 PM
Kat mana boleh dapatkan report tu. Mcm menarik je.
Now i nak tahu apa plak keberkesanan vaksin b ...
Menurut laporan sama, dua individu yang menerima vaksin itu ketika tempoh percubaan, meninggal dunia, manakala empat lagi meninggal dunia ketika peringkat plasebo.
Bagaimanapun, kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.
stingerclaw replied at 9-12-2020 04:29 PM
Tengok lepas berita ini, bung mukhtar kenabatangan mahu terus mengoffer diri to be the first one be ...
ADVERTISEMENT