Sebenarnya, masih ada segelintir masyarakat yang tidak gemar menyimpan wang di bank, sebaliknya memilih untuk menyimpan duit mereka di dalam tin biskut, tin milo, dan sebagainya terutama golongan sudah berusia.
Menjadi kemungkinan mereka berbuat demikian kerana keupayaan mereka untuk berurusan dengan bank. Baru-baru ini, Facebook Penang News Group berkongsi video menunjukkan seorang nenek terkejut melihat wang simpanannya di dalam tin milo rosak dimakan anai-anai. Bukan kecil jumlahnya, malah habis RM300,000 menjadi makanan serangga itu! Loading FB Post...
Rupa-rupanya, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa di ruangan komen. Mereka menasihati warga emas itu agar menukar wang yang hancur berkenaan di Bank Negara. - CARI
|
RatuDunia94: Dulu masa iols sekolah.. pernah jumpa duit 10K mak iols letak kat bawah katil sheols.. apa lg iols ambik lah 1K beli phone n enjoy.. haha.. malangnya ...
RatuDunia94: Org dulu2 mmg suka simpan duit gulung2 bawah katil.. agaknya sbb deols rasa x selamat kot kalau simpan duit kat bank. Mesti duit nk kena ada depan mat ...
ADVERTISEMENT