CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fatwa Vaksin Covid-19: Kerajaan Masih Tunggu Perkenan Agong

10-12-2020 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2261| Komen: 12

Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung fatwa penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai fatwa vaksin Covid-19 itu sudah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mesyuarat muzakarah berkenaan minggu lalu.

"Selepas mendapat perkenan dan persetujuan, kita akan uar-uarkan sebab fatwa ini bukan untuk disembunyikan. Kita ikut tertib-tertibnya," katanya selepas menyampaikan 80 pek bantuan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada penghantar makanan, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan, di sini, hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang pada 3 Disember lalu bagi membincangkan isu berkenaan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.


Kredit foto: Harian Metro

Pada majlis hari ini, Zulkifli turut melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yadim yang diwujudkan bagi menyelaras usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu.


Dalam ucapannya, beliau meminta Yadim untuk memohon bantuan sebanyak RM500,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) di bawah bantuan asnaf sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada.

Zulkifli juga berkata, walaupun usaha membantu mangsa banjir diselaraskan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), namun inisiatif Yadim dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain dapat membantu kerajaan menggerakkan penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Saya juga mahu kolaborasi dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang arif mengenai banjir. Kalau boleh kita belajar daripada pengalaman mereka," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigebang 13-12-2020 12:42 AM
harap pejabat mufti mjlisfatwaboleh clearkan perkara nicepat n kluarksnfatwa yg jelas.halslkataHALAL .haram kata HARAM.jgn sekadar mainan perataan SPptilarangatau TAkmndapat krtrnsngsn hatidsbgnya.kenasjelas tyan2 muftidn oara ali ulanak
Quote FOTHER-MUCKER 13-12-2020 08:34 PM
Kalau mofti kata haram Macamana?

Melayu akan mati syahid Covid19 kah?

Apa lah!
Quote Nham22 13-12-2020 08:39 PM
Dalam vaksin ni depa buh apa sampai jatuh haromm.. Ke mcmane iols xreti
Quote FOTHER-MUCKER 13-12-2020 08:54 PM
Nham22 replied at 13-12-2020 04:39 AM
Dalam vaksin ni depa buh apa sampai jatuh haromm.. Ke mcmane iols xreti

Biasanya vaccine ni dibuat dari telur ayam tetapi untuk Covid19 saya tak pasti!
Quote Nham22 13-12-2020 08:58 PM
FOTHER-MUCKER replied at 13-12-2020 08:54 PM
Biasanya vaccine ni dibuat dari telur ayam tetapi untuk Covid19 saya tak pasti!

Betula ka....atau hang sengaja nak pekena aku... Hahahaha.... Telur ayam?? Mcmane boleh jd vaksin??.. Canggih nauu...
Quote FOTHER-MUCKER 13-12-2020 09:04 PM
Nham22 replied at 13-12-2020 04:58 AM
Betula ka....atau hang sengaja nak pekena aku... Hahahaha.... Telur ayam?? Mcmane boleh jd vaksin? ...

Betulah dari telur ayam. Tetapi bukan daripada semua telur ayam boleh dijadikan vaccine, hanya telur ayam yang terpilih sahaja.
Quote auntieagony 13-12-2020 09:07 PM
Auntie ada tengok video Dr Maza memberi penerangan pasal permasalahan ini dan berpuas hati dgn penerangannya.

Kalau halal & toiyibba, itu yg terbaik.

Tak sabar nak dengar ulasan drp pihak2 yg terpilih utk membuat fatwa ke atas vaksin ni.
Quote kakikuDibibirmu 13-12-2020 09:12 PM
Nham22 replied at 13-12-2020 08:39 PM
Dalam vaksin ni depa buh apa sampai jatuh haromm.. Ke mcmane iols xreti

Kebanyakan vaksin mesti dicampur dengan bahan yang  derived from babi
Quote auntieagony 13-12-2020 09:19 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-12-2020 09:12 PM
Kebanyakan vaksin mesti dicampur dengan bahan yang  derived from babi

Terus auntie checked kesahihan statement ni...

Vaccines free of pork gelatine

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]








By LOH FOON FONG


  • [size=0.75em]NATION
  • [size=1em]Wednesday, 27 Jul 2016
    12:00 AM MYT


[size=1em]PETALING JAYA: The 10 vaccines meant for the national immunisation schedule issued by the Health Ministry are free from pork gelatine, a family medicine specialist confirms.
[size=1em]Dr Suhazeli Abdullah said the hydrolysed gelatine used as a stabiliser in the MMR (measles, mumps, and rubella) vaccines was from bovine source.

[size=1em]“The Islamic authorities of vaccine producing countries and international ulamaks have emphasised on the need to use vaccine,” he said in a Facebook post yesterday.
[size=1em]Dr Suhazeli expressed concern over rumours among village folk that the vaccines contain pork substance.



[size=1em]He explained that the polio vaccine was made in laboratories with tight protocols and adhered to Good Manufacturing Practice and ISO standards.
[size=1em]The growing of the virus was specifically done in special nursery medium - the vero cell which is the cell of monkey’s kidneys - because it provides the best medium for polio virus growth, he said in another post on his social website.
[size=1em]Dr Suhazeli said the polio virus was difficult to grow unlike other germs which could be grown in eggs and jelly.
[size=1em]“There are polio vaccines that use porcine cell (Imovax Polio brand) but it is not used in the Health Ministry’s immunisation programme,” he said.
[size=1em]Dr Suhazeli added that there were also guidelines on the enzymes of porcine trypsin used in the process of oral polio vaccine (OPV) as explained by the Fatwa Council of Europe.
[size=1em]“The ministry has moved away from using OPV to inactivated polio vaccine (IPV) by injection since mid last year.
[size=1em]“The IPV did not use porcine trypsin,” he said.
[size=1em]Dr Suhazeli urged the Muslim community not to be confused by the allegations made by those not experts in the field.



Quote auntieagony 13-12-2020 09:23 PM
Yg menjadi issuenya adalah walaupun drp bovine source (kolagen yg berasal drp lembu), pasti sebahagian penganut ugama Islam mempertikaikan cara penyembelihan lembu itu.

Disclaimer : Auntie mungkin tersalah.
Quote star_karat 13-12-2020 09:31 PM
Ada jer ubat buat dari enzymes babi tapi di harus kan ambik oleh orang muslim. Klu tak ambik jadi mudarat. Sama jugak vaccines tak halal, klu tak ambik jadi mudarat seluruh negara, in fact to humanity, so di harus jugak ambik ikut rationality lah. Tapi klu dah jenis taliban tak boleh buat apa lah. Buat vaccines sendiri tak reti suruh orang kafir buat  abih nak menyalak.
Quote brego 13-12-2020 10:32 PM
star_karat replied at 13-12-2020 09:31 PM
Ada jer ubat buat dari enzymes babi tapi di harus kan ambik oleh orang muslim. Klu tak ambik jadi mu ...

contoh komen akai setitik.
so naive, so innesen, so bendul kayu  


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047163 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top