CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kanser Elyana Hampiri Tahap Lima, Merebak Ke Rahim, Hati Dan Pangkal Paha

10-12-2020 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33535| Komen: 209




Penyanyi dan pelakon, Elyana mengesahkan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu kini hampir memasuki tahap lima.

Pemilik nama sebenar, Er-neelya Elyana Emrizal, 33, berkata, kanser itu turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan. Ia merupakan satu berita gembira buat saya.

“Namun begitu, doktor mendapati kanser itu te-lah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha,” katanya kepada Kosmo!.

Penyanyi yang popular de-ngan lagu Kalis Rindu itu memberitahu, biarpun saiznya masih kecil, namun sekiranya membesar ia boleh memberi kesan pada tulangnya selain berisiko lumpuh.

Jelas Elyana, doktor mahu supaya rawatan kemote-rapi dilakukan secepat mungkin, namun prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram.

“Berilah waktu untuk saya kuat dahulu, Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan melakukan kemoterapi secepat mungkin,” katanya yang kali terakhir melakukan rawatan itu pada 2016.

Biarpun berdepan masalah kesihatan, Elyana tidak mahu menampakkan dirinya sakit dan sentiasa ceria supaya dapat memberi motivasi bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi pesakit kanser lain.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana telah mendirikan rumah tangga dan memiliki dua anak iaitu Cinta Sumayyah, 9, dan Cahaya Ramadhani, 1, yang merupakan anak angkat.

Sama-sama kita doakan semoga Elyana tabah dan diberikan kesembuhan. - CARI




Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayray28 10-12-2020 04:26 PM
semoga dipermudahkan laa semuanya..lama betul dia lawan kansernya..semoga ada peluang sembuh..anyway bape stage plak kanser ni?
Quote nazzse 10-12-2020 04:27 PM
Syafakallah.
Sebelum ni dia refused utk dapatkan treatment kan?

Tak boleh nak komen sbb takda kat tempat dia
Quote melati00 10-12-2020 04:27 PM
Kesiannya...kuatnya semangat dia..moga dipermudahkan segala urusan..
Quote Madel 10-12-2020 04:28 PM
Siyes la
Tahap 5?
Selama ni aku cuma tahu kanser smpai tahap 4 aje...itu dah abis penghujung dah tu

Quote MentariSenja 10-12-2020 04:32 PM
Kesiannya kat dia. Moga terus kuat. Kagum ngan dia ni. I sakit sikit dah fikir macam2. Moga Allah beri kemudahan dan kekuatan.
Quote kucingitam 10-12-2020 04:35 PM
positif betul dia ni..
Quote outcast 10-12-2020 04:38 PM
Madel replied at 10-12-2020 04:28 PM
Siyes la
Tahap 5?
Selama ni aku cuma tahu kanser smpai tahap 4 aje...itu dah abis peng ...

Aku pun.. ke mmg ada stage2 lain yg kita tak tau.
Sheols  buat alternatif treatment  kan
Quote meteorspeed 10-12-2020 04:40 PM
Moga elyana sembuh sedia kala.. Kuat betul dia ek
Quote matchstick 10-12-2020 04:41 PM
Madel: Siyes laTahap 5?Selama ni aku cuma tahu kanser smpai tahap 4 aje...itu dah abis penghujung dah tu


Aku pun baru first time dgr.. agaknya kes yg kebiasaan smpi tahap 4 je pesakit dh meninggal..
Mampu hidup smpi tahap 5 ni jenis yg rare la kot
Quote LelaMenchanai 10-12-2020 04:42 PM
No such things as cancer tahap 5 lah...

Most types of cancer have four stages: stages I (1) to IV (4). Some cancers also have a stage 0 (zero).

Stage 0. This stage describes cancer in situ, which means “in place.” Stage 0 cancers are still located in the place they started and have not spread to nearby tissues. This stage of cancer is often highly curable, usually by removing the entire tumor with surgery.

Stage I. This stage is usually a small cancer or tumor that has not grown deeply into nearby tissues. It also has not spread to the lymph nodes or other parts of the body. It is often called early-stage cancer.

Stage II and Stage III. In general, these 2 stages indicate larger cancers or tumors that have grown more deeply into nearby tissue. They may have also spread to lymph nodes but not to other parts of the body.

Stage IV. This stage means that the cancer has spread to other organs or parts of the body. It may also be called advanced or metastatic cancer.
Quote izzah_mia 10-12-2020 04:45 PM
harap elyana jangan tangguh lagi sebab bila dah merebak ke hati peluang dah tipis.arwah mak 2 tahun lawan kanser usus tapi tak dapat nak pulih sebab dah ke hati.
masa tau tu dah stage 2. dah siap operation, buat kimo 1 tahun.

mata & kulit jadi kuning.
Quote Madel 10-12-2020 04:46 PM
outcast replied at 10-12-2020 08:38 AM
Aku pun.. ke mmg ada stage2 lain yg kita tak tau.
Sheols  buat alternatif treatment  kan

10 tahun , sekali aje buat kemo
Perghhh mmg luarbiasa kot.
Aku tak tahu la apa alternatif treatment yg dia buat smpai kanser tu leh bertahan jadi tahap 5.
Quote Madel 10-12-2020 04:50 PM
matchstick replied at 10-12-2020 08:41 AM
Aku pun baru first time dgr.. agaknya kes yg kebiasaan smpi tahap 4 je pesakit dh meninggal..
M ...

Samada doc tu temberang or elyana yg temberang (maaf ya fans elyana)
Kanser hanya smpai tahap 4 aje..lgi2 kalau dah smpai ke organ2 dalaman paru2, jantung, mmg tak smpai bulan silap2 minggu pun tak lepas..dah inalillah.
Quote Suchi 10-12-2020 04:50 PM
Tahap 5?dalam sakit2 dia gagah gak ambil anak angkat ya.
Risau plak, yela kalau jadi apa2 cemana nasib angkat tu. kena pulangkan balik ke?
Quote outcast 10-12-2020 04:51 PM
Madel replied at 10-12-2020 04:46 PM
10 tahun , sekali aje buat kemo
Perghhh mmg luarbiasa kot.
Aku tak tahu la apa alternatif treatm ...

Aku pun no comments. Ayah aku detect stage 4.. 8 bulan je bertahan.. my frens detect dlm masa 4 bulan je. Tp bukan kanser limfoma laa
Quote doubleA 10-12-2020 04:52 PM
Hmm kalau badan lemah, tapi buat kemo boleh mengeruhkan lagi keadaan. Arwah mak sedara iols last chemo, tak sampai sebulan, meninggal. Sebelum chemo pun memang dah kurus sangat2. Tapi serius ada stage 5? Cc @adamnor
Quote namieamuro 10-12-2020 04:57 PM
iols ingat 4 tu dh plg tggi..anyway, moge elyana kuat harungi sakit die..dh merebak ni seram dgr..hrp cpt la die mulekan rawatan..
Quote sukacactus 10-12-2020 05:02 PM
Kurus gila 40kg je
Mana la nak kuat buat chemo pun
Quote freyayong 10-12-2020 05:06 PM
rasanya kalau dah spread tu tahap 4. metastasis ke apa namaya. tahap ni mmg biasa susah nak sembuh.. ape pun semoga dipermudahkan elyana.. tak selera mkn tu sbb dah spread ke hati tu..

Lihat semua komen(209)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.417335 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top