Kematian bintang bola sepak terkenal dunia Diego Maradona ternyata mengejutkan peminat di seluruh dunia. Terbaharu, dilaporkan 16 ahli keluarga terdekat sedang berebut harta tinggalannya yang bernilai £37 juta (RM199 juta), lapor Daily Star.
Pada 26 November lalu, mStar melaporkan legenda bola sepak Argentina itu meninggal pada usia 60 tahun. Dia mengalami serangan jantung di kediamannya di Tigre, Buenos Aires. Baru-baru ini, turut dilaporkan seorang remaja membuat permohonan agar kubur Maradona digali semula. Dakwa Santiago Lara, dia merupakan anak kepada Maradona dan permohonan itu dibuat untuk membuktikan asal usul keturunannya. Permohonan itu dibuat menerusi peguam yang mewakilinya, kurang 24 jam selepas pemain bola itu dikebumikan. Sumber: mStar
|
borrow replied at 11-12-2020 01:05 PM
Byk jugaklah harta. If dh buat wasiat , anak pop up ni still vley minta harta ka.
sarahmirza replied at 11-12-2020 01:26 PM
Still boleh kan selagi dna ada...
sarah82 replied at 11-12-2020 12:23 PM
Kesimpulannya berebut harta, mslh in law dan sebagainya bukan org Melayu saja.. Tapi semua bangsa ad ...
salmon-suki replied at 11-12-2020 02:18 PM
Alaaaa..cainis ngn yindian pun ada..tak terhighlight jah..
sarah82 replied at 11-12-2020 02:20 PM
Ada forumer benak dok kaitan semua Melayu. Hahahaha.
sharlenetexas replied at 11-12-2020 02:23 PM
Dia tak baca ke pasal samy vellu. Apak belum mati dah macam2 drama.
ADVERTISEMENT