Vokalis kumpulan Bunkface, Sam selamat mengakhiri zaman duda dengan seorang wanita dikenali sebagai Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 33, berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram dengan memuat naik beberapa keping foto pada Khamis.
Menerusi foto berkenaan pasangan itu memakai pakaian sedondon berwarna putih di atas pelamin dipercayai pada majlis pernikahan mereka. Menerusi foto berkenaan pasangan itu memakai pakaian sedondon berwarna putih di atas pelamin dipercayai pada majlis pernikahan mereka. “Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah, ” ujarnya.
Berita gembira itu turut disambut baik oleh peminat yang membanjiri posting berkenaan dengan ucapan tahniah. Malah, ramai yang turut menitipkan doa buat Sam dan isteri agar hubungan yang dibina berkekalan selamanya. Untuk rekod, Sam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Maleeq yang kini berusia tiga tahun. Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada penghujung bulan Januari tahun lalu. Usaha mStar untuk mendapatkan komen lanjut daripada Sam tidak berhasil apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan. Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 33, dan isteri sedondon berpakaian raja sehari berwarna putih dihiasi dengan pelamin bunga-bungaan bagi meraikan hari bahagia mereka. -CARI Sumber: mStar Online
|
ifanonline replied at 11-12-2020 04:44 PM
wife dier andartu junior kan?
matchstick replied at 11-12-2020 06:06 PM
Yg penting cantik..kalau andarmu umur 20 pun tapi rupa mcm wani comel baik pilih andartu kan
ADVERTISEMENT