Siapa saja tidak terkejut jika dihampiri individu comot berlumuran lumpur. Pasti kita akan memikirkan mereka 'tidak betul'. Begitulah yang berlaku kepada pengguna Facebook bernama Azizi Azizan. Nasib baik dia tidak melarikan diri kerana lelaki yang menghampirinya merupakan mangsa kemalangan.
Kongsinya kelmarin, kemalangan itu berlaku di bulatan ke arah terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang. Sementara itu, Azizi berkata kepada Harian Metro bahawa ia kejadian pertama berlaku selama enam tahun saya bertugas sebagai anggota polis bantuan Malaysia Airport Holding Berdad (MAHB).
"Saya terkejut tiba-tiba petang itu didatangi pemuda meminta bantuan apatah lagi dengan imejnya yang agak pelik "Pemuda itu juga minta menumpang membersihkan badannya yang penuh lumpur dan saya turut memberinya air mineral sementara menunggu bantuan tiba," katanya. Loading FB Post... Ramai warga maya mengucapkan rasa syukur kerana mangsa terselamat daripada kemalangan itu. - CARI
|
b_n_c replied at 12-12-2020 04:35 PM
berantang maut sebelum ajal..
blh pakai ke peribahasa ni?
Artemesiaa replied at 13-12-2020 11:52 AM
Sekarang musim hujan jalan pastinya licin pandu laju betul mengundang mana tak terhumban masuk longk ...
ADVERTISEMENT