CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kembar' Dipenjara 10 Tahun, Peguam Minta Angelina Jolie Tampil Bersuara

13-12-2020 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6044| Komen: 22

Instafamous Iran, Sahar Tabar atau nama sebenarnya Fatemah Khishvand dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara, lapor Daily Star.

Tabar yang mempunyai 486,000 pengikut di Instagram menjadi sebutan kerana melakukan puluhan pembedahan plastik hanya kerana mahu kelihatan seperti pelakon Hollywood, Angelina Jolie.



Kredit foto: Daily Mail

Terdahulu, gadis berasal dari Tehran itu ditangkap pada Oktober 2019 atas tuduhan menghasut ke arah keganasan.

Laporan awal mengatakan dia menghadapi hukuman penjara antara tiga bulan dan dua tahun kerana suntingan berlebihan ke atas gambar-gambarnya.

Tetapi, peguamnya kini mendakwa bahawa wanita itu telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, lapor MailOnline.

Media itu memetik wartawan Iran, Masih Alinejad sebagai sumber yang mengatakan bahawa perkara itu diberitahu oleh peguam Tabar.

"Penjara 10 tahun untuk Instagramer Iran yang menggunakan solekan dan suntingan untuk menjadi Angelina Jolie.

"Sahar Tabar baru berusia 19 tahun. Ibunya menangis setiap hari untuk membebaskan anak perempuannya yang tidak bersalah. Angelina Jolie, kami memerlukan suara anda di sini. Tolong kami," tulis Alinejad di Twitter. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 13-12-2020 09:32 AM
Dia kena penjara kes menghasut atau kes buat solekkan? Mcm mayat hidup dah aku nengok
Quote bambimo 13-12-2020 09:49 AM
Aku tak faham dia ni buat bedah plastik ke.. Tu cuma teknik solekan
Quote sayawifenikmie 13-12-2020 10:02 AM

.. terkejutt ... ingatkananakkembar anjouline jolie kena penjara 10 tahun ...
Quote Rara77 13-12-2020 10:05 AM
Elok duduk penjara sesuai
kalau masih diluar menghasut budak budak utk buat pembedahan plastik muka umur muda lgi
contoh tak elok
dah kenapa nk kaitkn jolie dalam kes sendiri yg nak jadi org lain so memang hasut
menakutkan orang ramai
Quote ninja9 13-12-2020 10:14 AM
"penjara 10 tahun untuk Instagramer Iran yang menggunakan solekan dan suntingan untuk menjadi Angelina Jolie."

makeup dan edit jer pun. dah kena penjara 10 tahun..
kesalahan mcm ni sangat besar di iran sampaikan mereka memilih hukuman penjara yang panjang.. kalau sebulan dua tu mungkin kita taklah terkejut sangat atau dihukum denda sahaja atau hukuman setimpal lain... ni 10 tahun hidup terbuang yg aku rasa hukuman yang bersifat menakutkan rakyat bukan bersifat mendidik.. ini serupa dengan apa yg selalu dilakukan oleh pemimpin diktatkor yang paksakan kepatuhan kepada rakyatnya
Quote copy_paste 13-12-2020 10:43 AM
dari wajah cantik jadi mengerikan hadoiii.....
Quote sukacactus 13-12-2020 11:00 AM
Pic ats tu hanya solekan je kan
Dia operate xde la sampai teruk camtu
Kat bhg hidung je mcm bontot donald duck
Quote Artemesiaa 13-12-2020 11:10 AM
Misi dia untuk tarik perhatian berjaya nampaknya walau bakal dikenakan hukuman
Quote cupu 13-12-2020 12:06 PM
Gila plk nk suh angelina jolie mencapup...kamu yg obses sampai xguna otak...elok la dok dlm jel tu...yg follower plk apa ke hei nya dok follow minah mental ni.. Dh mcm hantu ghupenya.
Quote AshKetchum 13-12-2020 12:25 PM
motip pakai filter edit2 pon kena tangkap? ke cobaan nak jadi scammer ke sebab tu ko gegeh fefeling anjelina joli bagai? masalahnya tak nampak sama pon? nampak cam zombi jah muka ko kekdahnyer?
Quote naina 13-12-2020 03:13 PM
Edited by naina at 13-12-2020 03:25 PM

Bukanla chuolss..dia mmg buat surgery..bukan edit gmbr tu. Mmg dia creepy pon. Dia kena penjara sbb share gmbr dia yg creepy tu.adala pas dgn buat editing berlebihan..hrtu dh keluar dh isu dia. Lani keluar lagi sbb dh jatuh hukum.
Quote ina_na 13-12-2020 04:09 PM
Bukan ke dia tgh tenat skrg ni.. Ari tu ade bc mak dia mintak izin nk anta anak dia ni ke hospital.. Mcm dah tenat.. X tau la ke aku salah faham
Quote ikanmasin 13-12-2020 05:36 PM
dah kenapa pl si angelina jolie kene bantu bdk perempuan ni..salah dia sendiri kan..
Quote TomyamPuteh 13-12-2020 07:21 PM
Bkn kna covid ke dia ni?
Quote gigahertz 13-12-2020 07:40 PM
AshKetchum: motip pakai filter edit2 pon kena tangkap? ke cobaan nak jadi scammer ke sebab tu ko gegeh fefeling anjelina joli bagai? masalahnya tak nampak sama po ...

Alah sis. Negara kita ni baca suratkhabar sorang2 pun kena saman rm1000. punya banyak org mabuk yang apek baca suratkhabar tu di kacaunya
Quote borrow 13-12-2020 07:56 PM
Sheols buat surgery , tp taklah sampai seburuk picci atas . Tu dh tambah makeup filter bagai.  Why sampai 10 thn   jail. Beratnya hukuman.
Quote Zizi999 13-12-2020 10:41 PM
Ape kaitan angelina jolie tu...
Quote HappyGumbira 14-12-2020 12:31 AM
rasanya dia operate xla dasyat sgt. tp edit gambar mcm corpes bride. bukannya angelina jolie. buta mata wartawan gamaknya
Quote LaRRa. 14-12-2020 12:39 AM
Dia ni memang famous kan? Not bocause sama dengan angelina but vwrsion chaos tak menjadi orang kata

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.207095 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top