Singapura: Tiga beranak maut selepas terkena renjatan eletrik di rumah mereka di sebuah flat di Ho Ching Road,Taman Jurong, di sini, Khamis lalu. Berita Harian Singapura melaporkan, mangsa adalah pasangan suami isteri, Omar Manan, 80, Asmah Bujang, 66, dan anak lelaki mereka, Muhamad Ashikin Omar, 45.
Insiden berlaku apabila Omar tergelincir di tandas berkenaan ketika mandi sebelum terkena renjatan elektrik. Asmah yang menyedari kejadian itu cuba membantu suaminya, tetapi turut terkena renjatan elektrik berkenaan. Bukan setakat pasangan itu sahaja, sebaliknya anak lelaki mereka Muhamad Ashikin juga terkena renjatan elektrik ketika mahu menyelamatkan kedua ibu bapanya sebaik tiba di rumah. Media tempatan melaporkan, Muhamad Ashikin sempat dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu berkata, pasangan berkenaan ditemui terbaring tidak bergerak di rumah mereka sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedik.
"Manakala, anak kepada pasangan berkenaan yang mengunjungi mereka di unit itu, tidak sedarkan diri ketika dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong sebelum disahkan meninggal dunia di hospital," katanya kepada pemberita BH. Polis menolak kemungkinan insiden itu berlaku disebabkan disebabkan perbuatan khianat, namun memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan. Sumber: Harian Metro
|
sayawifenikmie replied at 13-12-2020 09:16 AM
macam mana jatuh & terkena renjatan?
Adakah terkena renjatan .. then terjatuh ?
bintangct replied at 13-12-2020 09:26 AM
i pun tertanya2 mcm mana bole terkena renjatan. agak2 kalau pakai selipur jepun bole kena renjatan ...
genUmi replied at 13-12-2020 09:58 AM
dejavu plak rasanya
macam ada belaku kat tanah melayu je dua tiga bulan lepas
SKUTIL replied at 13-12-2020 10:00 AM
Yup arwah eddy dgn kakak dia......kena pemanas air mandian tu ...... Kakak dia mandi kan ank buah ...
SKUTIL replied at 13-12-2020 09:57 AM
Tutup main suis dia ....stop kan arus electric lah kan i rasa.....sepatut nya kalau brg electric k ...
slyfynx replied at 13-12-2020 10:05 AM
Kat setiap wiring biasenye ade Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Mende ni yang akan trip kala ...
mejaputih replied at 13-12-2020 10:11 AM
Maksudnya bila kita tekan ELCB tu sepatutnya trip satu rumah la kan?
slyfynx replied at 13-12-2020 10:05 AM
Kat setiap wiring biasenye ade Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Mende ni yang akan trip kala ...
CiliPadiSedap replied at 13-12-2020 10:51 AM
trip satu rumah tu tak betul , kalau trip satu rumah dh kena tukar water heater.
dia trip water ...
slyfynx replied at 13-12-2020 10:05 AM
Kat setiap wiring biasenye ade Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Mende ni yang akan trip kala ...
CiliPadiSedap replied at 13-12-2020 10:51 AM
trip satu rumah tu tak betul , kalau trip satu rumah dh kena tukar water heater.
dia trip water ...
slyfynx replied at 13-12-2020 11:11 AM
Setau sy die trip satu rumah.
Kalau yang trip kat satu wiring line je tu untuk fuse kecik je.
Sb ...
ADVERTISEMENT