CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Eksiden Baru Terhegeh-hegeh Turap Jalan, Saman Je Majlis Bandaran!

13-12-2020 01:58 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3436| Komen: 13|Original author: Oleh: Cari-Azza



Kemalangan boleh berpunca dari pelbagai faktor seperti kecuaian pemandu, keadaan jalan raya dan sebagainya.

Namun, apabila jalan berlubang yang sekian lama dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa hingga mengakibatkan kecederaan adalah sukar dimaafkan.

Seorang pemuda terbabit dalam kemalangan setelah motosikal ditunggangnya melanggar lubang berlopak di Jalan Perindustrian Kapar - Meru.


Foto : Twitter


Menurut netizen, sebuah video menunjukkan lubang besar yang dilanggar itu bukannya terjadi dalam masa singkat. Mengapa tiada tindakan dari pihak perbandaran? Nak tunggu mati dulu ke baru bertindak?




Video tersebut jelas menunjukkan lubang yang dilanggar adalah lopak yang sangat besar. Ianya tertutup dengan air membuatkan ramai menganggap ianya adalah jalan normal.

Oleh itu, netizen berharap agar video ini digunakan oleh penunggang terbabit untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang cuai dalam menyelenggara jalan.


Foto : Twitter

Lebih mengejutkan apabila tidak lama selepas insiden tersebut, jalan tersebut telah dibaik pulih. Eh! Boleh pula? Habis selama ni kenapa tiada tindakan?


Foto : Twitter

Ada yang menyatakan ianya berlaku kerana situasi Lebuhraya Pantai Barat (kini dalam pembinaan) ada melalui Kapar, Meru dan Klang. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga infrastruktur jalan. Lagi pula, Jalan Meru-Kapar sudah lama menghadapi masalah jalan raya teruk, nak salahkan siapa?


"Selagi takda orang eksiden, selagi tu Majlis buat tak nampak ja."


Mungkin sudah sampai masanya, orang awam mengambil tindakan ke atas pihak berwajib dalam insiden sebegini. Ianya supaya mereka lebih peka dengan situasi yang berlaku dan tidak lagi mengambil lewa.


Foto : Twitter

Ayuh! Bersatu demi kemaslahatan masyarakat. Takkan nak tunggu menteri datang, baru mereka nak turap jalan? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 13-12-2020 02:30 PM
Saman jer
Memang lerlu diajar pbt ni
Quote airmineral 13-12-2020 03:19 PM
naik kete atau moto tlg jangan sengaja lalu dkt tpt yang air bergenang sbb xtau tu lubag besar ke kecik. bahayaaa
Quote star_karat 13-12-2020 05:10 PM
Saman dpt duit. Banyak boleh dpt.
Quote shernazz 13-12-2020 05:34 PM
airmineral replied at 13-12-2020 03:19 PM
naik kete atau moto tlg jangan sengaja lalu dkt tpt yang air bergenang sbb xtau tu lubag besar ke ke ...

Haah
Belah belah sana mmg teruk.kan jalan..
Iols kena kat shah alam
Tapi cuaca elok je masa tu..
Iols.lalu masa nak turu  flyover..penyambung kat kat.jalan tu dah terbenam
Habis absorber iols hancurrrrrr
Huwaaaa....
Quote Mary_jane 13-12-2020 07:10 PM
Jalan hj sirat tu bila plak nak tar? Berlubang sana sini? Kena tunggu ada yang jatuh tergolek dulu ke?
Quote Orix 13-12-2020 07:29 PM
Dekat tempat iols, lampu jalan selalu x hidup. Jalan nk msuk ke taman perumahan iols pun selalu lampu jalan sbg tiang / tunggul jah. Kalau kereta byak ok la lampu2 kereta menerangi jalan, kalau kereta x byak ya tuhann takut je terlanggar entah apa2 ke terbabas jalan ke
Quote Meiizu 14-12-2020 10:21 AM
ngilu tengok vide tu..nmpk dlm lubang sampai tersentak kuat rider tu
Quote husna_amal 14-12-2020 10:48 AM
Kesian, nampak lepas jatuh terus pengsan rider tu.
Quote Artemesiaa 14-12-2020 01:39 PM
Tepek2 macam tu tak tahu ler berapa lama ia dapat bertahan.  Moga pihak majlis sentiasa buat pantauan.
Quote HuoJingJue 14-12-2020 03:40 PM
itu baru lubang jalan..belum lagi simen tumpah.
Quote kroit92 15-12-2020 06:05 PM
taman perumahan lama dulu, (sekarang dah pindah tempat lain)

ada satu jalan tu, selalu orang accident. bertembung kereta, berlubang, mendap
mati 2 kes.

yang mati kali ke-2 tu, baru diorang buat bonggol dengan roundabout kecik.
Quote evlinne 16-12-2020 07:58 AM
Mcm hanat je yg bawak kete lgsg xde yg turun
Motorist jugak yg tolong abang ni
Harap2 abang ni cepat sembuh dan saman pbt
Quote She-Ra 16-12-2020 08:15 AM
Tanam pokok pisang kt jln berlobang tu..bg mereka2 yg sepatutnya bukak mata

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.074457 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top