CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Cami Nak Tu" - Luluh Hati Ibu Bila Anak Minta Kaki Sebagai Hadiah Hari Jadi

13-12-2020 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3344| Komen: 7

Tiada seorang pun minta lahir di dunia ini sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). 

Mentaliti kebanyakan masyarakat sudah bersifat terbuka dan mereka lebih prihatin apabila berdepan dengan kisah seperti golongan kurang bernasib baik ini.




Begitulah kisah adik Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf yang dilahirkan tanpa betis, mempunyai masalah jantung berlubang dan hanya mempunyai sebelah buah pinggang.

Tular perbualan anak syurga itu bersama ibunya iaitu Azlinda Hani Othman di Facebook hingga menyentuh hati ramai.



Kata Azlinda yang berasal dari Ipoh, Perak itu, dia terkedu dan sebak apabila anaknya meminta sesuatu di hari ulang tahun kelahirannya pada 5 Oktober lalu.


"Sebulan sebelum tiba hari ulang tahun Syahmi, saya tanya kepadanya, hadiah apa yang dia mahu.

"Mulanya dia menunjukkan tangannya, sambil berkata 'Syahmi nak macam ibu dan abang'. Saya langsung tidak faham.

"Lepas tu baru terlintas di fikiran yang dia mahukan ketinggian sama seperti saya dan abangnya yang berusia 13 tahun, Syed Nabil Syarifuddin. Dia nak kaki.

"Saya sedih sangat masa tu, saya cuma mampu kata 'tak apa di syurga nanti Syahmi ada kaki," ujarnya kepada mStar.

Jelas Azlinda lagi, dia tidak berniat untuk viralkan anaknya itu. Tetapi, dia sedar masyarakat sekarang semuanya prihatin.

Malahan, katanya walaupun dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, anak bongsunya itu tidak pernah menyusahkan dirinya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasa, 40.

"Tidak sekali pun anak saya dikritik, dihina atau diejek oleh sesiapa.

"Di sekolah pun, semua orang kenal anak saya. Kawan-kawannya semua sayang dia.

"Layanan yang sangat baik Syahmi terima selama ini, sehinggakan ada kawan perempuan yang sebaya dengan dia akan datang bantu untuk sambut dia di sekolah dan cium dia. Terkejut saya kadang tu," ujarnya.


Kredit foto: FB Azlindahani

Azlinda turut berkongsi berita gembira mengenai anaknya yang akan ke Universiti Malaya (UM) bagi mendapat bantuan oleh salah sebuah syarikat sokongan tangan dan kaki iaitu Bdari ioapps Sdn Bhd dan juga anggota palsu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • diss69


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-12-2020 06:49 PM
Maknanya peha dia terus tapak.kaki kan
Ada sedara iols mcm ni juga
Bapaknya beli skateboard n jahitkan span atas tu supaya senang bergerak dan tak sakit...
Dah besar umur 18 tahun skang..gerak pakai moto.letrik jelah
Quote matchstick 13-12-2020 07:40 PM
Sedih baca ni..

Semoga dipermudahkan urusan adik ni dan sembuh segala penyakit. Dan semoga jadi orang berjaya mcm sukur Ibrahim tu.
Quote Perawankota 14-12-2020 02:39 AM
Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki adik ni.. Aamiin
Quote husna_amal 14-12-2020 10:45 AM
Syukur ramai yang sayang dan bantu anak istimewa ni.
Quote Artemesiaa 14-12-2020 01:41 PM
Baguslah yang ada kepakaran dah sudi nak membantu
Quote yusryimran 14-12-2020 03:55 PM
adoiii berair mata aku siapa lah cut onion ni
Quote Kipaskiok 20-12-2020 12:46 PM
Semoga ada rezeki adik ni...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.048639 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top